Monday, February 15, 2010

Doakan Perjuangan Hamba




Bismillah..

Assalamualaikum warahmatullah..

Esok pagi, hari Selasa pada pukul 7 pagi, hamba dan sahabat-sahabat hamba seramai 9 orang akan bertolak ke Darul Quran bagi menyempurnakan misi terakhir kami iaitu peperiksaan semester enam di Darul Quran selama dua minggu.

Debarannya semakin terasa, air mata seperti mahu menitik deras kerna takutnya akan keadaan di sana. Ini kali kedua hamba mengalami perasaan begini. Pertamanya semasa mahu menduduki peperiksaan SPM dan yang keduanya yang ini. Hamba berasa seakan cuak sedang melanda diri.

Jantung berdetak laju, peluh jantan menitik deras, kepala agak sedikit biol..

Allah, Bantu hambaMu..

Buat anda yang membaca dan senantiasa mengikuti blog Imranulkhalis, hamba cuma pohon doa. Doakanlah agar segala urusan kami dipermudahkan, doakan semoga kami tenang-tenang menjawab soalan dan yang paling penting jangan bagi hafalan kami kering dan tandus saat berhadapan dengan pemeriksan syafawi. Hamba mohon doanya.

Dan selama dua minggu juga blog Imranulkhalis tidak akan diupdate, mungkin ada kelapangan hamba akan cari Cyber Cafe dan mengupdate blog ini. Hamba mohon doanya.

Terima kasih banyak..

Allahu a'lam..

1 Orang Bercakap:

Shin Ju said...

yeke mse amik spm ko cuak mior? cam xjeh..