Wednesday, August 19, 2009

Ramadhan:Bulan Menjamu Anda.

Bismillah wal hamdulillah..Segala puji bagi Allah tuhan yang telah menciptakan Adam dan Hawa.Yang menciptakan langit dan bumi.Yang menciptakan sayang dan benci.Yang menciptakan bulan dan matahari.

Terima kasih kepada tuan punya dunia kerana dengan rahmat dan kasih sayangNya,kita sekali lagi diberikan umur yang panjang walaupun kesihatan kita mungkin ada yang terjejas.Seperti ana.

Alhamdulillah.Ana tidak ingin memanjangkan celoteh ana.Sekadar ingin berkongsi sesuatu.Mungkin boleh dijadikan sebagai ilmu atau mungkin juga boleh dijadikan sebagai sampah!

Ramadhan akan datang lagi.Tahun ini mungkin ada diantara kita yang sempat menyambut ketibaan ramadhan kareem.Ada yang telah pergi dijemput ilahi,ada yang terpaksa berada di perantauan dan ada yang sedang kesakitan dalam menyambut ramadhan kareem.Alhamdulillah,semua ini adalah rezeki daripada Allah yang telah menciptakan kita.Syukur padaNya keran telah memberi peluang pada kita untuk menyempurnakan ramadhan kali ini.

Sebenarnya ramadhan adalah bulan untuk menjamu.Pasti kita sudah biasa mendengar bahawa ramadhan ialah bulan ibadah,bulan keberkatan dan bulan keampunan.Di sini,di blog Imranulkhalis ana ingin mengajak para pembaca untuk mengubah presepsi ini.Mari sama-sama kita menjamu iman dan taqwa kita.Ya..Menjamu iman dan taqwa.Menjamu iman dan taqwa kita ke dalam kebaikan.Menjamu iman dan taqwa kita ke arah syurga.Menjamu iman dan taqwa supaya lebih takut kepadaNya.

Ramadhan juga adalah disebut sebagai bulan al-quran kerana di bulan itulah al-quran diturunkan.Seperti firman Allah SWT di dalam surat cintaNya pada surah Al-Baqarah ayat 185 yang bermaksud "(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang batil).

Maka sehubngan dengan itu marilah kita bersam-sama menjadikan bulan ramadhan kali ini sebagai bulan untuk kita menjamu iman dan taqwa kita semahunya.Penuhilah iman dan taqwa kita dengan sebaiknya.Mana tahu jika ramadhan kali ini adalah ramadhan yang terakhir buat kita,maka sekurang-kurangnya kita telah mempersiapkan diri kita ke arah kebaikan itu.

Bulan ramadhan juga adalah pentas ibadah bagi kita.Dalam bulan ramadhan kita boleh lihat ramai manusia membuat kebajikan dan kebaikan.Di sana sini ada sahaja program.Baik bagi ahli politik,badan kerajaan,badan bukan kerajaan berkumpulan atau orang perseorangan.Maka janganlah jadikan bulan ramadhan ini sahaja sebagi bulan untuk kita menabur bakti dan menunjukkan keprihatinan kita,tetapi hendaklah ia diteruskan walaupun selepas ramadhan.

Dalam kesempatan ini ana ingin mengajak para pengunjung untuk muhasabah diri kita.Ramadhan ini adalah bulan muhasabah,maka renunglah di mana silap kita,di mana kekurangan kita.Taubatlah kita dari segala bentuk dosa yang telah kita lakukan.Ana akui ana bukan manusia yang hebat dan bukan manusia yang maksum.Ana manusia biasa yang mana selalu berbuat salah dan silap.Marilah kita muhasabah diri ini moga-moga Allah akan ampuni dosa kita.Perbanyakkanlah ibadat kita di bulan ramadhanini dan hendaklah ia berterusan.

Ampun dan maaf seandainya empunya diri ini mempunyai salah dengan anda semua.

Allahu A'lam....

1 Orang Bercakap:

Mahadir Amboala said...

ramadhan yg sama, natijah yg berbeza...syukran atas perkongsian