Tuesday, March 17, 2009

Berbicara Dengan Manusia Mengikut Tingkatan Kefahamannya

Daripada Siti Aisyah r.a berkata yang bermaksud :

"Rasulullah saw telah menyuruh kita untuk mengukur manusia dengan tingkatannya masing-masing(yakni dalam pemikiran)

(Riwayat Abu Daud dan Bazzar)

Maksuudnya luas sekali,yakni apabila berbicara atau menyampaikan sesuatu berita maka gunakanlah ungkapan-ungkapan yang sesuai dengan kefahaman masing-masing.Jangan gunakan kata-kata yang berat pabila berbicara dengan orang umum yang pengetahuannya dangkal sehingga boleh menimbulkan kekeliruan atau salah faham.Begitu pula dengan orang yang berkedudukan dalam masyarakat,jangan disamakan dengan orang umum yang biasa dan sebagainya melainkan diberikan setiap peribadi haknya lakukan sempurna dan wajar.

Daripada Jabir Bin Abdullah ra bahawasanya Nabi saw pernah mengumpulkan dua mayat dari para syahid di perang Uhud di dalam satu kuburan.Kemudian beliau berkata : Siapa diantara keduanya lebih banyak hafal al-quran?Apabila ditunjukkan kepada seorang diantara keduanya maka disuruhnya mayat itu didahulukan masuk ke dalam lahadnya (Riwayat Bukhari)

Orang yang hafal al-quran itu didahulukan masuk ke kuburnya daripada yang lain-lain.Dia diumpamakan lebih dahulu memasuki syurga kerana semua mati syahid dalam perang uhud itu.

0 Orang Bercakap: