Sunday, November 30, 2008

Halalkan Aku Atau Tinggalkan Aku..

Enggak ada hubungan yang indah selain berdasarkan atap penikahan..!
Bila ada bibit cinta sebelum ikatan yang halal maka itu adalah SEMU...
Pilihlah dirimu pada 2 plihan sebelum terlalu jauh syaitan menyesatkanmu..
Halalkan aku atau pergi sejauh jauhnya dari kehidupanku..

* aku gak taw ini untuk siapa,tapi yang pasti bila ada 0rang yang merasakannya cubalah beri jawaban dengan ini.. *

(Dipetik Dari Buletin Di Komuniti Friendster Seorang Sahabat Ana Yang Berada Di Seberang Lautan(Indonesia).Indah sekali ungkapan Diatas Kan?Page Friendster Beliau Boleh Klik Disini

Tuesday, November 25, 2008

Pembaca Al-Quran Yang Mengamalkan Perintahnya

Daripada Muaz Bin Anas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud : "barangsiapa yang membaca al-quran,lalu diamalkan pula apa yang dibacanya itu,nescaya nanti di hari kiamat Allah Taala akan memakaikan mahkota kepada kedua ibu bapanya,cahaya mahkota itu lebih terang daripada cahaya matahari yang menerangi rumah-rumah yang di dunia dan apa kata kamu tentang apa yang diamalkannya itu?" (Riwayat Abu Daud)

kalau orang itu terbiasa dengan gemar membaca al-quran dan beramal dengan petunjuk al-quran,sebabnya ialah ibu bapanya atau walinya yang menguruskan pendidikannya di masa kecilnya,sama ada dia sendiri yang mengajarnya ataupun dia yang menyebabkan anak itu sampai mempelajari al-quran maka kerna itu Allah Taala memberikan balasannya yang begitu tinggi di hari akhirat.

Orang tua zaman dahulu juga sangat mementingkan pengajian al-quran kerana mereka sangat tahu akan pentingnya tentang mengaji al-quran.Mereka juga tidak kisah jika perlu keluarkan wang yang banyak untuk memastikan anak-anak mereka dapat belajar pelajaran al-quran serta mengamalkan.cuba kita lihat situasi pada hari ini,ramai ibu bapa yang terlupa akan kepentingan ini.Ramai ibu bapa yang di zaman ini membiarkan anak-anak mereka terbiar tanpa mempelajari ilmu al-quran.Jika ada yang menghantar sekalipun ada,ada dikalangan anak-anak ini yang ponteng kelas pengajian,ada yang sambil lewa.berbagai situasi yang perlyu dihadapi.Di zaman teknologi ini banyak perkara mencabar yang perlu kita tangani dengan bijak.Al-quran di zaman sekarang tidak seperti al-quran di zaman dahulu.Al-quran zaman sekarang hanya terhias indah di dinding-dinding,hanya tersimpan kemas di dalam almari sebagi hiasan dan menggunakannya dikala terdesak sahaja..Maka beruntunglah ibu bapa yang mempunyai seorang anak yang hamalatul quan(bukan kata kat ana je)...beruntunglah anda sekiranya anda ahlul quran.Kepada Ahlul Quran,jagalah amanat yang telah allah berikan kepada kita.tidak semua mampu Untuk menanggung beratnya al-quran.Ingatlah,Allah pernah memberikan Al-quran kepada gunung,bukit bukau,binatang serta apa yang ada dibumi ini,namun mereka tak mampu untuk memikul bebannya al-quran.maka anak adam yang sanggup untuk memikulnya.Jadi,ana memperingati diri ana dan para Huffaz.Jagalah Amanah ini.....

Thursday, November 13, 2008

Kenapa Dengan Diriku....?

Assalamualaikum.Kepada pengunjumh blog ana,ana harap antum semua dalam keadaan sihat wal afiat disamping meraka yang antum semua kasihi dan sayangi.Maafkan ana sebab dah lama tak update pengajian kitab At-tibyan Fi Adabi Hamalatil Quran.Insyaallah ana akan cuba sedaya upaya untuk meng"update" semula pengajian dalam kitab At-tibyan.Alhamdulillah,semuanya berjalan dengan lancar hari ni.kecuali ada beberapa perkara yang belum diselesaikan lagi.Takpelah,pelan-pelan la buat perkara.selesaikan satu persatu dulu,betul tak?Hmmm....Ana ada pesanan untuk pengunjung-pengunjung blog ana ni terutamanya pengunjung yang Hafiz Al-Quran,Pesanan ni ana terima dari sahabat ana merangkap senior ana di Maahad Tahfiz Al-quran Wal-Qiraat Negeri Perak ni.sebenarnya kami hanya berbual kosong lepas tu kebetulan ana bergurau dengan beliau dengan ayat yang biasa digunakan oleh kami di sini "enta ni bagusla,quran ingat,dah khatam 2 kali,mantap plak tu.hehehe..."kata ana pada dia.Beliau pula cakap kat ana "enta pun mantap jugak,da hafal banyak".dengan segera ana memintas dengan dialog "eh,ana x mantapla...quran pun belum tentu ingat lagi ni..."..Tiba-tiba dia tgk ana lepastu dia cakap "Imran,enta jgn cakap camtu.quran ni cemburu kalo ada orang merendahkan dia,sekalipun x ingat cakapla 'insyaallah ana ingat'.jangan sesekali guna perkataan macamtu.kalau nak merendah diri pun jgn merendahkan maratabat kita yang hafaz quran ni dengan ucapan camtu.sekalipun ada orang puji hafalan kita dan kita tak nak bangga diri ucapkanlah 'insyaallah ana ingat'..insyaallah hafalan quran sentiasa di hati,di dada dan di mata enta."..Bila difikirkan balik betul jugak beliau cakap tu.jadi pada pengunjung ana yang hamalal quran,sentiasa berhati-hati dengan perkataan kita dengan al-quran.kepada sahabat ana tu,ana nak ucapkan terima kasih banyak sebab ingatkan ana.Hmm...banyak masalah kalau nak diikutkan,tapi takpela,kata orang hidup tanpa masalah umpama mandi x bersabun.(betul ke?)entahla...apa yang penting dekatkan diri pada allah,insyallah DIA akan bantu kita..jangan sesekali meragu kasihNya.kadangkala DIA memberi untuk menguji kita.Macam dalam quran,ALLAh dah sebut dah kat dalam surah al baqarah ayat 286 yang bermaksud " Allah Tidak membebankan satu jiwa itu kecuali jika dia boleh menanggungnya" lebih kurang gitula....jadi sampai sini je.Insyaallah kalau ada masa lagi ana akan update blog dari masa ke semasa.Salamullahi Alaikum.....

Monday, November 10, 2008

Izinkan Abang Nikah Satu Lagi...

"Sayang, Abang minta izin untuk nikah sorang lagi," Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak. Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk?

Dia menghela nafas panjang.

Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum. Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin. Pengabisannya dia kembali kepada suaminya.




Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.

"Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga," sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah.

" Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis," masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.

Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak- anak. Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.

" Abang , Aliyah setuju dengan permintaan Abang. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu," Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya. Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.

"Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?" pelik benar permintaan isterinya. Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan. Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak.

Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah.

"Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abang," terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau. "Kak Aliyah yang minta," masih lembut dia memujuk Qis.

"Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?" "Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!" terkejut Asraf Mukmin. "Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abang dah lama hidup dengannya. Abang faham," Qistina mengalih pandangannya.

Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Qistina. Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya. Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra.

Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. Membaca Al-Quran secara bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya. Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah.

Tit tit... sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya. "Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abang jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya untuk bersama Abang."

Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.

Kepada: Asraf Mukmin, Suami yang tersayang...

Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.


--------------------------------------------------------------------------------

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani.

Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu. Abang yang dikasihi, genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima kasih kerana Abang membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.

1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju- bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tak sanggup Abang diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abang sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi Abang nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abang...

2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tahu selera Abang hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera Abang sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, Abang muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. Kesian nanti, tak makan la pula anak-anak kita. Aliyah sayangkan Abang...

3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat Abang yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak Abang untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung... Aliyah sayangkan Abang...

Abang yang disayangi, cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, Abang mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abang mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.

Abang yang dicintai, di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak. Jika munajat Abang di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abang ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya, lupa nak cakap, Qistina telah berada di Sawarak. Menunggu Abang... Aliyah sayangkan Abg...

Tetapi jika Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri Abang, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah... Aliyah sayangkan Abg.

Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk Abangg.. tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran Abang, roti canai.. air tangan Aliyah.

Salam sayang, Aliyah Najihah binti Mohd Hazery.


--------------------------------------------------------------------------------

Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Aliyah Najihah bersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya.





Dia tersenyum! Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya!!

-Copyright From Iluvislam.com-