Monday, October 20, 2008

Assalamualaikum..

Alhamdulillah...hari ni 20/10/08,ana akhirnya dapat gak selesaikan masalah lam diri ana ni.hari ni ana dapat gak habiskan Surah Al-Hijr.surah yg ke 15 dalam Al-quran,Juzu' yg ke 14 dalam al-quran.habis gak akhirnya.masuk plak surah An-Nahl..Juzu' yg same gak..tp senang sikitla daripada surah al-hijr tu.ayat dalam surah al-hijr tu kan pendek-pendek jadi memang memerlukan kekuatan hafalan yg luar biasa.hehe..kena kerah otak sekuat mungkin utk surah ni.belum lagi masuk surah Maryam tu..lagi pening.tp ana amik ni sebagai ujian allah kepada ana sebagai hamalatul quran.insyaallah...kepada para pengunjung blog ana.ana harap tolong doakan ana dpt jadi seorang penghafal al-quran yg baik serta beriman kepada allah dan rasulnya.Surah Al Hijr adalah surah ke-15 dalam Al Qur'an. Surah ini mempunyai 99 ayat dan termasuk dalam golongan surah-surah Makkiyyah. Ini disebabkan oleh surah ini diturunkan di Makkah sebelum hijrah. Al Hijr adalah nama sebuah daerah pegunungan yang didiami oleh Kaum Tsamud pada zaman dahulu yang terletak di pinggir jalan antara Madinah dan Syam (Syria). Nama surah ini diambil daripada nama daerah pegunungan itu. Surah ini berkisar mengenai kaum Tsamud yang diceritakan pada ayat 80sampai dengan 84 yang telah dibinasakan oleh Allah SWT, kerana tidak mempercayai Nabi Soleh a.s. dan berpaling daripada ayat-ayat Allah. Dalam surah ini terdapat juga kisah-kisah kaum yang lain yang telah dibinasakan oleh Allah seperti kaum Luth A.S. dan kaum Syuaib A.S.. Secara kesimpulannya, pengajaran yang dapat diungkapkan ialah orang-orang yang menentang ajaran rasul-rasul akan mengalami kehancuran berdasarkan kisah-kisah yang terdapat dalam Al-Quran.

Isi Kandungan

Keimanan: Kepastian nasib suatu bangsa hanya di tangan Allah; Allah menjamin kemurnian Al Quran sepanjang masa; alam malaikat (langit) sentiasa dipelihara daripada syaitan; kadar rezeki yang diberikan kepada manusia sesuai dengan hikmah kebijaksanaan Allah; Allah memelihara hambaNya yang mendapat taufiq dan Hidayah daripada godaan syaitan; Allah di samping bersifat pengampun dan penyayang juga mengazab orang-orang yang ingkar; manusia dihimpun pada hari kiamat.

Hukum-hukum: Larangan terhadap homoseksual; kewajipan melakukan ibadah seumur hidup; larangan menginginkan harta orang kafir; perintah kepada Nabi Muhammad SAW agar melakukan dakwah secara terang-terangan; larangan berputus asa terhadap rahmat Allah.

Kisah-kisah: Nabi Ibrahim a.s. dengan kaumnya; Nabi Luth a.s. dengan kaumnya; kaum Syuaib dan kaum Soleh a.s. (Tsamud).

Dan lain-lain: Kejadian-kejadian dalam alam ini menunjukkan kebesaran Allah; kejadian alam dan isinya mengandungi seribu satu hikmah; asal kejadian Nabi Adam a.s.

0 Orang Bercakap: