Monday, June 30, 2008

Lagu tema

Song from Secret Garden - Secret Garden


Lagu tema untuk blog Imranulkhalis alhuffaz

Friday, June 27, 2008

Akademi Al-Quran 3 - Suku Akhir 2 - Fakhrul

Tuesday, June 24, 2008

Lima Syarat Berbuat Maksiat


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

"Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata:

"Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat."

Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata:

"Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat."

Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya.

"Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata:

"Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezeki-NYA."

Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata:

"Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?

"Ya!" tegas Ibrahim bin Adham.

"Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya!

Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati.

Ibrahim kembali berkata kepadanya:

"Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab:

"Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!"

Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata:

"Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?"

"Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim.

Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan:

"Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh"

Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar dan berkata:

"Wahai Ibrahim , mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?"

Ibrahim pun menjawab:

"Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata:

"Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya."
Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran.

"Mulai saat ini aku ingin bertaubat kepada Allah." katanya sambil teresak-esak.

Kesimpulan: JANGAN MELAKUKAN MAKSIAT.


(Copyright from iluvislam.com)

Tip-tip Bagaimana Menjadi Jutawan Daripada Al-Quran

Mahmud Ibn Labid r.a. pernah berkata, bahawa beliau mendengar Rasulullah bersabda, "Dua perkara yang tidak disenangi oleh anak Adam. Mati, padahal mati itu adalah lebih baik dari dugaan (kesesatan). Harta yang sedikit, padahal harta yang sedikit meringankan hisab. [1]

Namun sekiranya anda ingin juga menjadi seorang jutawan, Allah s.w.t telah berfirman di dalam surah An-Nuur ayat 37 hingga 38, "(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan solat serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan."

"(Mereka mengerjakan semuanya itu) supaya Allah membalas mereka dengan sebaik-baik balasan bagi apa yang mereka kerjakan, dan menambahi mereka lagi dari limpah kurniaNya; dan sememangnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terhitung."

Bermaksud, dengan mengingati Allah, mendirikan solat, memberi zakat dan sedekah, takutkan hari kiamat kerana akan diadili, seseorang itu akan mendapat limpah kurnia Allah dan pembalasan yang paling baik. Allah sesungguhnya satu-satunya sumber segala rezeki dan Dia akan menambahkan kurniaNya kepada hamba yang mempunyai ciri-ciri seperti di atas.

Kajilah Al-Quran dengan sebenarnya-benarnya, kerana tips untuk menjadi jutawan banyak terdapat di dalam Al-Quran. Terjemahan Al-Quran bermodalkan RM20 di pasaran. Menurut Abu Said r.a., Allah berfirman di dalam sebuah hadith qudsi, "Sesiapa yang disibukkan oleh Al-Quran daripada berzikir dan meminta kepadaKu, maka Aku akan memberikan kepadanya sesuatu yang lebih utama daripada diberikan kepada orang yang meminta kepadaKu" [2]

Sekiranya anda bukan berniat untuk menjadi jutawan, tetapi sekadar ingin hidup sederhana, beribadat kepada Allah. Serta dalam masa yang sama tidak mahu mempunyai bebanan hutang dan dikurniakan kecukupan dalam semua perkara, amalkan membaca Surah Al-Waqiah setiap malam. Menurut Ibnu Mas'ud, Rasulullah s.a.w telah bersabda, "Sesiapa yang membaca surah Al-Waqiah pada setiap malam, ia tidak akan ditimpa kemiskinan selama-lamanya."[3]

Sekiranya anda sekarang berada di dalam keadaan terdesak, ditimpa kesusahan, memerlukan "fast-cash" untuk sesuatu perkara mustahak, maka ikutlah petua Rasulullah s.a.w. Di dalam sebuah hadith yang diriwayat oleh Huzaifah r.a., apabila Rasulullah s.a.w mengalami kesulitan, beliau akan segera mengerjakan solat.[4] Solat yang dimaksudkan adalah solat sunat. Ini adalah selaras dengan firman Allah di dalam surah Al-Baqarah ayat 45, "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk".

Di dalam riwayat lain diceritakan oleh Abdullah bin Salam r.a., ketika keluarga Rasulullah menghadapi sebarang kesempitan rezeki, beliau akan memerintahkan mereka mendirikan solat dan membaca ayat 132 surah Taha.[5]Firman Allah di dalam ayat berkenaan, "Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa."

Kebanyakkan yang mengamalkan tip ini mendapat kemurahan rezeki yang luas dan "low profile". Mereka tidak terburu-buru dan tergesa-gesa dalam mengejar kesenangan. Kebanyakkan mereka akhirnya menjadi komited dalam beribadat atau melakukan aktiviti dakwah. Mereka hanya melakukan sedikit pekerjaan dunia, namun kurnia yang diperolehi melebihi apa yang mereka kerjakan.

Wallahu'alam.

Credit to myjodoh.net

(Copyright from isuhangat.blogspot.com)

Akademi Al-Quran 3 - Pusingan 1 - Fakhrul

Saturday, June 14, 2008

Ketenangan Hati: Kunci Kecemerlangan Insan

Ketenangan hati ialah satu perkara yang sangat penting. Tidak mungkin ada seorang manusia walau apapun latarbelakang agama, budaya dan pemikiran yang tidak bersetuju bahawa ketenangan hati dan ketenteraman jiwa ialah satu perkara paling penting bagi seseorang manusia. Mungkin mereka berbeza dari segi cara untuk mencapai ketenangan hati, ketenteraman jiwa dan keheningan rohani; tetapi mereka tetap bersetuju bahawa perkara ini adalah satu perkara yang maha kritikal bagi setiap insan.

Keutuhan atau kemantapan emosi berkait rapat dengan keheningan spritual dan kemantapan minda. Seseorang yang pemikirannya menyakini bahawa dirinya adalah berasal dari suatu ketidaksengajaan biologi berevolusi daripada monyet kepada manusia, tentunya tidak sama dalam menghadapi kejadian hidup ini dengan seorang yang berkeyakinan bahawa insan adalah ciptaan Tuhan yang paling baik dan di sana Tuhan tetap berperanan di dalam setiap gerak hukum apa yang berlaku di bumi mahupun di langit. Dan Tuhan bukan sahaja berurusan dengan manusia, tetapi setiap atom dan molekul yang ada di atas muka bumi ini, di antara langit dan bumi ini serta apa yang ada di atas langit yang tujuh ini; semuanya adalah milik mutlak Tuhan Yang Maha Esa dan berfungsi berdasarkan ketetapan ilmu-Nya dan izin daripada-Nya.

Dan seorang yang menjalani hidup dengan hanya melihat bahawa Tuhan ialah Tuhan dan aku ialah aku; samasekali tidak sama dengan seseorang yang hidup di atas muka bumi ini dengan mengenal Tuhan ialah satu-satunya Tuhan, dan aku ialah hamba ciptaanNya; menyelami hakikat rasa hina seorang hamba dijalin dengan rasa mulia menjadi hamba kepada Tuhan Yang Maha Esa lagi Maha Agung. Seseorang yang menyedari bahawa sentiasa ada di sana satu Kudrat Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang serta Yang Sentiasa Berkata, "Wahai hambaKu, mintalah kepadaKu, akan Daku penuhi segala permintaan kamu!", tentulah tidak sama dengan seseorang yang hanya melihat hidup ini hanyalah antara aku dan kemampuanku!

Seorang anak kecil akan merasa selamat dan tenang apabila berada di sisi ibu dan bapa-Nya. Bukan sekali kita melihat senario seorang budak yang menangis kerana terpisah daripada ibu dan bapanya semasa membelibelah di pasaraya. Kenapa? Adakah kerana fizikalnya tercedera? Tentu tidak, tetapi 'ketenteraman' dan 'ketenangan hatinyalah' yang tercedera.


Dan kita dapat lihat bagaimana seorang anak kecil yang menangis kerana lututnya berdarah lantaran jatuh; berhenti menangis hanya kerana si ibu berkata, "Dah, jangan menangis… sikit je tu! Nanti ibu sapukan ubat!". Adakah dengan berkata demikian, sakit luka yang dirasainya sudah hilang? Tidak! Sakit luka di lututnya masih terasa, tetapi tangisannya terhenti kerana rasa 'sakit' pada jiwa dan emosinya telahpun diubati dan telah hilang diganti dengan rasa tenteram, kerana budak itu yakin, ibunya memahami 'penderitaannya' dan ibunya 'mampu' mengubati luka di lututnya dengan ubat yang akan disapu nanti.

Ini menunjukkan, ketenteraman hati dan ketenangan hidup ini adalah satu kuasa maha ajaib yang sangat diperlukan dalam hidup seorang manusia. Dan adalah satu hukum serta prinsip alam, seseorang itu akan merasa aman dan tenang apabila mengetahui dan merasai bahawa di sana adanya satu 'kuasa' yang mampu mengatasi segala kebimbangan dan rasa terancam yang ada.

Seorang yang genius sekalipun tanpa kemantapan dan kecemerlangan emosi pasti tidak dapat menggunakan kegeniusan dan ketinggian IQ-nya dengan dengan benar jika jiwanya sentiasa bercelaru dan dan tidak mantap. Kecemerlangan dan kemantapan jiwa inilah yang disebut sebagai EQ. Tetapi seorang mantap EQ-nya, walaupun dia hanya seorang yang buta huruf dan bekerja di sawah bendang, tetapi dengan ketenangan jiwa yang dipunyainya, dia dapat menghadapi hidup dan segala masalah hidup ini dengan penuh ketenangan dan ketertiban. Malahan, seringkali terlontar daripada patah bicaranya, perkataan-perkataan yang bersifat 'teraputik' yang mampu menyegarkan kerengsaan jiwa dan kegersangan emosi.

Kekuatan rohaniah(SQ) akan menjadi menjana EQ yang kental, dan EQ yang ada akan menyempurnakan IQ seseorang walau pada tahap manapun IQ-nya berada. Bukan semua orang dapat menjadi pandai tetapi semua orang boleh menjadi bijaksana.

Allah, Tuhan yang telah menciptakan manusia malah seluruh alam ini telah menyatakan sebagai satu prinsip, "Bukankah dengan berzikir kepada Allah itu, hati akan menjadi tenang?" (Ar-Ra'd: 28). Berzikir di sini membawa maksud yang luas, iaitu kita dapat menyebut dan mengingati Allah, merasakan kehadiran-Nya dan merasai keagungan-Nya di dalam setiap masa dan keadaan. Mana mungkin seseorang yang melihat Tuhan itu – dengan segala kebesaran dan kekuasaan-Nya – berada begitu hampir dengan dirinya, masih boleh merasa tidak tenteram dan aman?

Mereka yang benar-benar membina kekuatan dan 'nur' kerohanian yang jernih, pasti akan mampu merasai ketenangan hidup dan kekentalan dan keharmonian emosi. Tuhan berfirman, "Dialah yang menurunkan 'sakinah' ke dalam hati orang-orang yang beriman!"(Al-Fath: 4). Erti 'sakinah' ialah ketenangan yang tetap.

Jika demikian, sudah tentu di dalam apa yang diperintah-Nya itu, adalah alat-alat untuk membolehkan kita membawa dan membina ketenangan hati ini, seperti amalan zikrullah, solat, tafakkur, amalan doa, wudhuk dan lain-lain lagi. Semoga hati kita tidak 'buta' daripada melihat dan merasai kebesaran Allah, Tuhan seru sekalian alam ini. Sesungguhnya Dia-lah Allah, Zat Tunggal Maha Pencipta!

(Copyright from isuhangat.blogspot.com)

Pembaca Al-Quran Diberikan kurnia Yang Khusus

Daripada Abu Said Al-Khudri r.a Daripada Nabi s.a.w beliau berkata:Telah bersabda Tuhan Maha Suci Maha Tinggi,FirmanNya yang bermaksud :

"Baranggsiapa yang disibukkan oleh bacaan al-quran dan berzikir kepadaKu sehingga tiada masa baginya untuk meminta sesuatu kepadaKu,maka Aku akan memberinya seutama-utama yang pernah Aku berikan kepada orang-orang yang meminta kepadaKu,dan seutama-utama Kalam Allah(firman Allah)yang maha suci maha tinggi,yakni al-quran,ke atas selain kalam adalah umpama keutamaan Tuhan yang maha agung ke atas sekelian makhlukNya.."(Riwayat Termidzi)

(Bab Pertama,Kitab :AT-TIBYAN FI ADABI HAMALATIL QURAN)

Friday, June 13, 2008

Syifa - Sinar kedamaian

Sinar Kedamaian - Syifa

Bagaikan sejuta cahaya melimpahi ruangan maya
Indah sinarnya terpancar dari wajah yang penuh ceria
Terdengar senda dan ketawa menyingkirkan resah dan duka
Terbias kasih dan sayangnya dalam senyum setiap hamba

Lupakan kisah yang dulu lara
Semalam yang sengsara
Tangisan kecewa

Dia maha memelihara
Sentiasa bersama
Setiap hambanya

Jangan pernah engkau ragui
Pada janji dan rahmatnya

Di sini berhimpun hati yang penuh redha
Di dalam suasana penuh ketenangan
Hapuslah semua sendu dan airmata
Dihiasi senyuman penuh kesyukuran

Di sini bertemu hati yang penuh cinta
Bersatu dalam rasa penuh kedamaian
Tiada lagi tersimpan dendam dan sengketa
Diusir keramah penuh kemesraan

Bahagia jalinan hati
Di dalam rahmat Ilahi

Lagu : Manis Helma (Hijjaz Record Publishing)
Lirik : Atie (Hijjaz Record Publishing)
Muzik: Trabye


-imee.com-

Sheikh Mustafa Ismail

Akibat Buat Maksiat

Maksiat Menghalangi Ilmu Pengetahuan
Ilmu adalah cahaya yang dipancarkan ke dalam hati. Namun, kemaksiatan dalam hati dapat menghalangi dan memadamkan cahaya tersebut. Ketika Imam Malik melihat kecerdasan dan daya hafal Imam Syafi'e yang luarbiasa, beliau (Imam Malik) berkata, "Aku melihat Allah telah menyiratkan cahaya di dalam hatimu, wahai anakku. Janganlah engkau padamkan cahaya itu dengan maksiat".


Maksiat mengahalangi Rezeki
Jika ketakwaan adalah penyebab datangnya rezeki, maka meninggalkannya bererti menimbulkan kefakiran. "Seorang hamba dicegah dari rezeki akibat dosa yang diperbuatnya". (HR Ahmad)


Maksiat Menimbulkan Jarak dengan Allah
Diriwayatkan ada seorang lelaki yang mengeluh kepada seorang arif tentang kesunyian jiwanya. Sang arif berpesan, "Jika kegersangan hatimu akibat dosa-dosa, maka tinggalkanlah (perbuatan dosa itu). Dalam hati kita, tak ada perkara yang lebih pahit daripada kegersangan dosa di atas dosa".


Maksiat Menjauhkan Pelakunya dengan Orang Lain


Maksiat menjauhkan pelakunya dari orang lain, terutama dari golongan yang baik. Semakin berat tekanannya, maka semakin jauh pula jaraknya hingga berbagai manfaat dari orang yang baik terhalangi. Kesunyian dan kegersangan ini semakin menguat hingga berpengaruh pada hubungan dengan keluarga, anak-anak dan hati nuraninya sendiri. Seorang salaf berkata, "Sesungguhnya aku bermaksiat kepada Allah, maka aku lihat pengaruhnya pada perilaku binatang(kenderaan) dan isteriku".


Maksiat Menyulitkan Urusan


Jika ketakwaan dapat memudahkan segala urusan, maka pelaku maksiat akan menghadapi kesulitan dalam menghadapi segala urusannya.


Maksiat menggelapkan hati

Ketaatan adalah cahaya, sedangkan maksiat adalah gelap-gulita. Ibnu Abbas RA berkata, "Sesungguhnya perbuatan baik itu mendatangkan kecerahan pada wajah dan cahaya pada hati, kekuatan badan dan kecintaan. Sebaliknya, perbuatan buruk itu mengundang ketidakceriaan pada raut muka, kegelapan di dalam kubur dan di hati, kelemahan badan, susutnya rezeki dan kebencian makhluk".


Maksiat Melemahkan Hati dan Badan
Kekuatan seorang mukmin terpancar dari kekuatan hatinya. Jika hatinya kuat maka kuatlah badannya. Tapi bagi pelaku maksiat, meskipun badannya kuat, sesungguhnya dia sangat lemah jika kekuatan itu sedang dia perlukan, hingga kekuatan pada dirinya sering menipu dirinya sendiri. Lihatlah bagaimana kekuatan fizik dan hati kaum muslimin yang telah mengalahkan kekuatan fizik bangsa Persia dan Romawi.


Maksiat Mnghalangi Ketaatan


Orang yang melakukan dosa dan maksiat akan cenderung untuk memutuskan ketaatan. Seperti selayaknya orang yang satu kali makan tetapi mangalami sakit berkepanjangan dan menghalanginya dari memakan makanan lain yang lebih baik.


Maksiat Memendekkan Umur dan Menghapus Keberkahan


Pada dasarnya umur manusia dihitung dari masa hidupnya. Sementara itu tak ada yang namanya hidup kecuaki jika kehidupan itu dihabiskan dengan ketaatan, ibadah, cinta dan zikir kepada Allah serta mementingkan keredhaanNya.


Maksiat Menumbuhkan Maksiat Lain

Seorang ulama salaf berkata bahawa jika seorang hamba melakukan kebaikan, maka hal tersebut akan mendorong dia untuk melakukan kebaikan yang lain dan seterusnya. Dan jika seorang hamba melakukan keburukan, maka dia pun akan cenderung untuk melakukan keburukan yang lain sehingga keburukan itu menjadi kebiasaan bagi si pelaku.


Maksiat Mematikan Bisikan Hati Nurani


Maksiat dapat melemahkan hati dari kebaikan dan sebaliknya akan menguatkan kehendak untuk berbuat maksiat yang lain. Maksiat pun dapat memutuskan keinginan untuk bertaubat.





(Copyright from iluvislam.com)

Thursday, June 12, 2008

Solat Dhuha- Murahkan Rezeki, berjaya dalam kerjaya

Waktu mengerjakan solat Dhuha adalah satu jam setelah matahari terbit. Diriwayatkan dari Abu Zar, bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Dua rakaat solat dhuha mencukupi sedekah untuk seluruh badan manusia"

Niat Solat Dhuha




Sahaja aku mengerjakan sembahyang sunat dhuha dua rakaat kerana Allah Ta'ala




Di antara doa yang baik dibaca selepas solat Dhuha ialah :

Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

(Copyright from isuhangat.blogspot.com)

Tuesday, June 10, 2008

surat cinta ini...

Baju hijau pucuk masih tersarung indah pada tubuhku. Aku tersenyum namun hati beralun resah menyelongkar itu ini. Diari, dimanakah kamu? Diari itu terselit sepucuk surat yang aku simpan empat tahun lamanya. Surat itu juga aku harap dapat aku hulurkan pada manusia yang aku ingin dia baca dan tafsirkan. Surat yang aku tidak pasti perlu atau tidak aku berikan.

Di mana???! Arghh, suhu darahku sudah meningkat dek kerana amarah tidak berjumpa diari yang dicari. Sementara dia tidak melangkah masuk ke bilik ini, aku berharap akan cepat ketemu. Aku ingin membacanya buat kali terakhir sebelum aku lupuskan warkah itu dari alam nyata. Juga sebelum aku luputkan segala harapan dan impian agar bersemadi bersama perginya warkah empat tahun itu. Cepatlah!

Mata aku akhirnya melirik pada kotak kasut di bawah katil yang tersorok jauh. Ya! Disitu! Lupa pula aku mengalihkan kedudukannya tatkala aku terlalu asyik membacanya berulang kali. Tidak ditambah lagi berapa kali hati aku mencerlung derita. Betul! Di situ. Aku mengambil perlahan. Berdebar juga. Setelah sekian lama aku simpan, hari ini aku umpil kembali. Membaca sebelum aku kebumikan terus.

Perlahan aku buka, dan setiap baris ayat aku layarkan…

Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, aku mulakan bicara.
Kehadapan seorang manusia yang ingin aku miliki hatinya.

Ahmad Haris,
Saat aku layarkan warkah ini buat kamu, pasti dalam hatimu penuh bicara benci untuk seorang gadis bernama aku, bukan? Tidak kisahlah. Engkau layak untuk benci itu, dan aku layak untuk tindakan aku ini. Dan kita sama-sama tidak mengerti tentang perjalanan hidup yang sengaja kita kelirukan. Sungguh aku bercelaru. Andai surat ini berada dalam tanganmu, anggaplah segala rahsia hati aku terlerai sudah.

Ahmad Haris,
Masih ingatkah saat kita masih kecil remaja. Ya, kita di tingkatan 4. Dan sekarang aku dan kau sudah pun menginjak dewasa. Kita sudah 21 tahun sudah. Manusia begini kalau aku masih tidak mengerti perasaan yang Allah lahirkan dalam hati aku untuk kau, maka tidak normallah aku. Har, sungguh aku ingin kau tahu. Saat kita meniti hari bersama, saat itu jualah aku berkira sendiri. Beginikah rasa meniti usia remaja bersama jejaka sekacakmu. Namun tidak sama sekali aku hancurkan persahabatan yang terjalin hanya kerana rasa yang baru bertunas ini.

Ahmad Haris,
Segala yang tercipta pasti ada rahsia tersimpan. Dan aku yakin dengan kisah aku bersama kamu. Masih ingatkah kamu saat nombor aku tertera pada skrin telefon kamu. Satu nombor pengacau aku kira. Itulah silap terbesar dalam hidup aku. Har, masa tu aku terlalu taksub dengan telefon bimbit yang aku beli. Dan ketaksuban itu bertambah tatkala aku memperolehi nombormu. Bodoh benar aku saat itu. Dan benarlah firman tuhan yang menegaskan bahawa janganlah dihampiri zina. Aku sengaja memilih jalan itu. Jiwa remaja, yang mengundang nestapa hingga saat aku di sini.

Ahmad Haris,
Aku gembira mengenali kamu. Seorang tahfiz yang tidak jemu membantu aku. Tahfiz yang kerap menasihati aku. Aku sungguh gembira mengenali kamu. Seorang tahfiz berpewatakan segak. Tahfiz penuh dengan unsur-unsur nasihat. Tahfiz yang aku kagumi. Itulah selayaknya. Namun Har, aku terlupa bagaiman sifat manusia yang kerap berubah seketika.

Ahmad Haris,
Ingatkah kata-katamu yang ingin memiliki aku. Ingatkah janji-janjimu ingin mengambil aku sebagai surimu? Ingatkah setiap baris ayatmu yang ingin menyuntingku? Har, lupakah kamu kita baru di tingkatan lima. Hati dan perasaan boleh kecundang dek berkhayal jauh tentang masa depan yang masih belum dipastikan hitam putihnya. Tapi Har, aku tidak dapat sama sekali menipu memang aku sudah menetapkan setia bahawa dalam hati aku sudah dimiliki kamu. Sekalipun begitu, aku masih berpegang dengan prinsipku, cinta hanya pada masa dan mereka yang selayaknya. Umur menafikan cinta sebagaimana kematangan tidak membenarkan. Dan saat itu, aku kerap mengulang ayat..andai benar kau untukku, aku gadis yang tercipta dari tulang rusukmu, pasti, aku tetap menjadi milik kamu. Dan engkau acap kali mengingatkan aku tentang setia, tentang hanya aku akan berada di hati kamu, tentang hanya aku yang ingin dikahwini kamu. Bodoh benar zaman remaja. Ah, air mataku menitis lagi!

Har, ini pun aku ingin kamu selalu tahu,
Walaupun bibirku tegar menyatakan tidak tentang hubungan itu, hati aku lain pula bicaranya. Aku sungguh terlalu setia dengan kamu. Aku juga sudah meletakkan hati aku untuk kamu. Tiada dua atau tiga, untuk lelaki yang akan aku gelarkan sebagai suami selain dari kamu. Bahkan, aku tidak meletakkan istilah ‘spare part’ untuk kamu. Har, aku setia. Hingga saat ini. Aku menjaga hati kerana tidak mahu zaman remaja aku, zaman remaja kamu hancur dek dunia perasaan yang menipu. Aku ingin kita menjaga setia dan berjaya. Kerana masa depan hanya ditentukan DIA. Hanya DIA. Namun, kamu berpaling terlebih dahulu. Mungkin doaku belum pasti untuk kamu. Dan juga mungkin aku bukan gadis terbaik untuk tahfiz seperti kamu. Aku hanya gadis biasa. Yang biasa-biasa sahaja. Dan kerana biasa itu, kamu tidak berhenti menyatakan, itulah keistimewaan aku. Har, aku rindu kamu!

Ahmad Haris,
Ada satu ketika kita bergaduh besar. Hanya kerana aku menyaksikan kamu bergembira dengan gadis selain aku. Aku kecewa har! Ketika kamu melangkah ke alam kampus, ketika semua gadis terpana dengan kekacakan tahfiz yang kamu ada, ketika dunia kamu dipenuhi dengan keindahan. Aku, aku kau tolak ketepi. Aku bukan lagi sesiapa di hati kamu. Aku hanya mungkin mimpi ngeri bertandang sekejap dan meniggalkan calit hina. Har! Hati aku haru! Namun, aku sering meletakkan bahawa manusia akan berubah. Pasti berubah. Apatah lagi kamu, yang mengendong quran yang suci di dalam hati. Kalau pun kamu akan berubah nakal, al-quran yang kamu hafal pasti menujukkan jalan. Agar kamu tidak tersungkur jauh. Har, nyatakan pada aku bahawa keyakinan aku ini tidak pernah silap!

Ahmad Haris,
Masih ingatkah juga ketika aku pulang berjumpa kamu. Aku telan segala perubahan kamu. Aku kunyah lumat segala perbezaan kamu. Kamu bukan Haris yang selalu aku kenal. Kamu bahkan menjadi Haris yang baru. Namun, kamu menerima aku. Aku tersenyum bahagia. Semakin mekar bila kamu membicarakan bahawa setiap gadis yang bertandang dalam hidup kamu dulu hanya persinggahan. Walaupun aku kecewa, tersangat kecewa, tetap aku telan. Har, lupakah kamu tentang ayat yang selalu kamu bicarakan. Apakah aku mahu bakal suamiku memilik ramai perempuan? Jika tidak, aku harus menjaga lakuku. Wanita yang baik hanya untuk lelaki yang baik. Lupakah kamu?

Namun, aku tetap telan. Biarpun apa yang menimpa. Aku menerima kamu tanpa syarat, Har. Langsung tanpa syarat. Kini, sudah hancur, punah, musnah! Kamu menunjukkan seorang wanita lagi. Dan, kali ini aku tidak mahu terus menelan. Aku perlu juga menjaga hati yang robek dikoyak kamu. Aku memilih melangkah jauh dari kamu. Dunia kamu, dunia aku sudah jauh berbeza. Kita tidak mungkin lagi dapat berjalan atas laluan yang sama. Sama ada aku tersungkur atau kamu yang akan menolak aku. Kerana dalam hati kamu, aku hanya sampah yang harus dijentik ke tepi. Aku faham maksud tersirat kamu.

Ahmad Haris,
Bukan perkara mudah melupakan kamu. Buktinya sampai saat ini kamu meniti setia dalam setiap hari aku lalui. Har, juga bukan mudah untuk aku memadam segala bentuk perkara yang menghubungkan aku dengan kamu. Tindakan gila ini aku terpaksa lakukan hanya kerana ingin memujuk hati, jika benar kamu lelaki terbaik untukku, terbaik untuk agamaku, terbaik untuk duniaku, terbaik untuk akhiratku..kamu pasti akan kembali dan menjadi milikku. Kerana, aku adalah sebahagian dari tulang rusukmu. Namun jelas, kesetiaanku sudah tiada makna. Langsung tiada.

Ahmad Haris,
Lupakah kamu saat aku membalas mesej kamu. Aku menipu ngatakan aku akan pergi jauh. Aku fikir kamu akan bertanya lanjut, ke mana aku. Tetap silap. Kamu hanya menyindir dan mendoakan keselamatan jasadku. Dan kini aku mengerti, aku memang sudah tiada tempat dalam hatimu.

Har,
Sampai sini sudah warkahku. Tidak tahu apa lagi ingin aku bicarakan. Juga tidak mahu air mata ini menitis tanpa harga. Har, sungguh aku sayang kamu, sungguh aku ingin kamu…menjadi sebahagian aku. Aku masih setia. Andai satu hari nanti kamu kembali mencari aku, carilah aku. Aku menanti kamu. Jika tidak, doakan aku berjaya melupakan kamu. Doa tahfiz mudah di kabulkan. Bolehkan Har?

Ahmad Haris,
Ini kali terakhir aku ingin menyebut penuh namamu. Percayalah, sekalipun wanita yang bakal tercipta dari rusukmu itu bukan aku, percayalah walaupun aku akan kecewa, aku hanya ingin yang terbaik untuk kamu, meski hati aku kamu remuk berjuta kali. Jagalah hati wanita itu, kerana aku tidak mahu ada lagi wanita menderita seperti aku…kerana kamu…

Yang tulus,
Aku..

Air mata mengalir juga. Mengalir lagi. Oh tuhan, tabahkan aku.

“Sayang?”

Senyap.

“Sya?”

Itu suara suami aku, dan aku tidak boleh merahsiakan segalanya kerana dia berhak ke atas aku. Sepenuhnya, termasuk cerita-cerita lalu.
“Sya menangis? Kenapa? Tak gembira kahwin dengan abang?”

Lelaki bernama Ruzaini aku pandang dalam. Aku yakin dia juga penuh persoalan mengapa. Hari ini hari pernikahan aku. Patutnya aku gembira. Lelaki ini aku kenali ketika dia menguruskan aku di wad kecemasan akibat asthma. Dan aku tidak ingat bila dia melamar aku, yang pasti dalam sujud istikharahku, memang benar dia jawapannya. Berkali-kali aku nyatakan aku bukan sesiapa jika dibanding dia. Setiap kali itu juga dia akan menegaskan kerana aku bukan sesiapalah dia mengahwini aku.

“Surat ni, saya nak bagi seorang lelaki yang saya cintai. Itu dulu. Saya nak musnahkan, tidak ingin ingat apa-apa lagi. Setia saya wajib untuk awak..err.. abang. Tapi, saya kena jujur dan menceritakan sebelum segalanya bakal menjadi teruk,”

Aku bersuara tenang dalam ketar. Aku unjukkan juga surat itu. Biarlah. Biarlah kalau dia akan berkecil hati dan memarahiku. Aku redha. Dan, dengan perlahan dia mengambil kertas separuh lunyai dek basah dengan air mata aku. Dia melipat penuh berhati-hati membiarkan aku tertanya-tanya. Lelaki ini memandang tepat, namun kerdipannya penuh sayu dan tenang.

“Sya isteri abang. Pandang sini. Saat abang melamar Sya, saat itu abang menerima setiap buruk baik Sya. Abang fahami setiap yang telah berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku antara kita. Yang lepas tidak dapat diputar kembali. Abang terima Sya, dan masa lampaumu itu. Sya, tanpa surat ini pun abang tahu hatimu sudah terisi dengan manusia lain yang pasti bukannya abang. Matamu dah menceritakan segalanya, penolakan berkali-kali Sya ketika abang melamar juga nyata ada rahsia. Lagi jelas bila abang tanya kenapa, Sya tidak menjawab. Abang belum bodoh untuk mengetahui manusia begini. Sya, abang juga istikharah. Jawapannya tetap kamu. Sya lah wanita terbaik untuk abang, untuk agama abang, untuk dunia dan akhirat abang. Sya juga manusia yang melengkapi tulang rusuk abang. Bantulah abang membina mahligai istana didunia dan kahirat dalam mencapa redha DIA dan melengkapi sunah nabi kita,”

Dahi aku dikucup perlahan. Ya Allah, besar sungguh perancanganMU. Selagi aku terus bergantung padaMU, selagi itulah engkau tidak pernah berhenti mengurniakan yang terbaik untukku. Ya Allah, kekalkanlah perasaan ini dalam hidupku. Sungguh, aku bahagia bersuamikan suamiku, dan aku tidak ingin meminta lagi selepasnya apatah lagi mengingati sebelumnya. Biarlah aku menjadi isteri kepada manusia ini Ya Allah….

(Copyright from iluvislam.com)

Monday, June 9, 2008

BARAT BERSIAP-SIAP MENGHADAPI KEMBALINYA KHILAFAH

BARAT BERSIAP-SIAP MENGHADAPI KEMBALINYA KHILAFAH

Kembalinya Khilafah (Negara Islam yang menyatukan seluruh negeri-negeri muslim) telah menjadi fokus perhatian pemerintahan AS dan Inggeris. Sebelum ini, PM Tony Blair, sebagaimana Rumsfeld dan Jenderal Myers dari AS memperingatkan tentang gerakan Islam yang akan mengganti pemerintahan yang berkuasa saat ini di negeri-negeri Islam.

Ucapan Bush pada 6 Oktober 2005, menyatakan perkara yang sama: "Kaum militan percaya bahwa dengan menguasai satu negara akan menggerakan umat Islam dan sanggup menggulingkan pemerintahan moderat di Timur Tengah dan menegakkan kembali imperium Islam radikal yang akan menyebar dari Spanyol hingga Indonesia"

Barat melihat Negara Khilafah sebagai raksasa tidur yang menguasai dunia selama ratusan tahun. Barat juga telah pernah terjun dalam pengelutan dengan raksasa tidur ini dalam waktu yang lama, yang akhirnya berhasil mereka kalahkan dengan kehancuran Khilfah Islam pada 1924. Negara Islam Khilafah berhadapan melawan negara-negara Eropah dalam waktu yang panjang, pertempuran dalam Perang Salib, penaklukan Konstantinopel - salah satu ibukota terpenting kerajaan Kristen saat itu - oleh Khilafah Usmaniyah yang memimpin umat Islam, dan tentera Khilafah bahkan bisa menjangkau gerbang Vienna.

Setelah itu Eropah berhasil menghentikan usaha memperluaskan Negara Khilafah saat itu. Satu hal yang jelas terlihat adalah perlakuan menjijikkan dari Barat ketika itu terhadap kaum muslim selama penaklukan mereka, saat mereka membantai seluruh penduduk Al Quds (Palestin) dan Al Andalus (Sepanyol) ketika memasuki daerah tersebut. Hal ini jelas berbeza dengan kemurahan hati dan kebaikan yang ditunjukkan oleh umat Islam ketika merebut kembali Al Quds dan penaklukkan Konstantinopel.

Hal ini didasarkan pada kesaksian sejarawan Barat sendiri. Barat terus menerus berusaha mencari jalan untuk mendistorsi (menyimpangkan) citra Khilafah dan umat Islam sepanjang sejarah. Ilmuwan Perancis, Count Henri DiCastri, mengatakan dalam bukunya: "Saya tidak tahu apa yang akan dikatakan oleh umat Islam jika mereka tahu sejarah Abad Pertengahan, dan mengerti isi syair-syair dari penggubah lagu-lagu gereja. Seluruh lagu-lagu kami, yang ditulis hingga abad ke-12 , menghasilkan satu-satu pemikiran: semuanya berisi kebencian terhadap umat Islam" Semua lagu-lagu ini - akibatnya - memperkuat gambaran yang salah tentang Islam dalam pemikiran masyarakat. Banyak syair yang menggambarkan kaum muslim sebagai penyembah yang dungu, musyrik, kafir, murtad.

Hal ini tercermin dari pernyataan Lord Allenby ketika memasuki Al Quds dalam tahun 1917 di mana beliau berkata: "Sekarang Perang Salib telah berakhir." Setelah perang dunia Pertama, Eropah kembali menjajah negeri Islam dan menghancurkan Khilafah Othmaniyah. Mereka mengaku telah datang menyelamatkan bangsa Arab. Sama halnya ketika ini disaat Amerika Syarikat datang menjajah Iraq dan mengaku telah menyelamatkan Iraq dari Saddam Hussein. Cara yang sama seperti dilakukan oleh AS di Iraq, juga telah dilakukan oleh negara Barat lainnya seperti Inggeris, Perancis yang melakukan kejahatan yang hina di negeri-negeri Islam.

Dengan penjajahan ini, Barat memerintahkan agen-agen mereka (penguasa-pengusa boneka di negeri Islam) untuk menyesatkan kurikulum pendidikan. Dirancanglah kurikulum yang memuliakan Barat, disamping mereka merendah-rendahkan sejarah umat Islam sendiri.

Di sekolah-sekolah - seperti yang disaksikan ketika ini - pelajar-pelajar Islam lebih hafal tentang sejarah Eropah daripada sejarah Islam itu sendiri. Mereka boleh menghafal secara terperinci pertempuran Otto Von Bismarck's. Sebaliknya, mereka hampir tidak lagi mengetahui sejarah agung Jihad yang dilakukan oleh Salahuddin al-Ayyubi, Al-Thaahir Beebars, atau Muhammad al-Fatih.Pengajaran sejarah yang menyimpang ini telah membuat sebagian kaum muslim melihat Khilafah Othmaniyah sebagai negara penjajah, sembari mengabaikan fakta bahwa negara ini telah mengatur urusan mereka dan melindungi mereka.

Bahkan dalam keadaan terburuk dan kritikal Khilafah Islam pun, kebaikan Khilafah tidak boleh dicapai oleh umat Islam ketika ini yang benar-benar berada dalam keadaan yang hina. Kita boleh bandingkan bagaimana ketika Sultan Abdul Hamid II melindungi Palestin, meskipun ketika itu Khilafah berada dalam keadaan yang lemah. Sedangkan ketika ini penguasa-penguasa muslim telah memberikan jalan kepada Israel untuk tetap menguasai Palestin. Yang bererti, telah memberikan jalan kepada Israel untuk membunuh umat Islam Palestin.

Ada pertanyaan mendasar yang perlu kita tanyakan kepada pihak yang sering menuduh Khilafah sebagai system diktator. Kenapa system Khilfah bisa bertahan selama lebih dari 1300 tahun diterima oleh masyarakat baik muslim ataupun bukan muslim? Dan kenapa pula, meskipun Khilafah telah runtuh, masih banyak orang yang memeluk Islam yang diterapkan oleh system Khilafah tersebut.

Dan bandingkan pula dengan keadaan sekarang, apakah tanpa Khilafah keadaan umat Islam lebih baik jika dibandingkan dengan saat umat Islam dibawah naungan Khilafah? Untuk menjawab pertanyaan ini, tentu saja kita memerlukan kejujuran hati dan kejernihan akal fikiran. Untuk itu adalah penting bagi umat Islam untuk belajar sejarah mereka sendiri, dibanding belajar sejarah kita dari musuh-musuh kita.

Kenyataan Bush adalah sebahagian kecil dari lanjutan rancangan salibiyyah untuk mendistorsikan citra Islam sekaligus dipakai sebagai alat legitimasi untuk memerangi umat Islam. Semoga kegelisahan Barat ketika ini tentang kembalinya Khilafah Islam, membawa petunjuk bahawa fajar kemenangan Islam semakin dekat. Sama seperti ketika orang-orang kafir di Makkah dan Madinah menjadikan Rasulullah SAW dengan risalah yang dibawanya sebagai bahan pembicaraan utama, karena kekhawatiran mereka akan kebenaran Islam.Tak lama setelah itu Allah SWT memberikan kemenangan kepada kaum muslim, Insya Allah

(Copyright from melayuhot.blogspot.com)

Pendaftaran laman kristian. Nyatakan Bantahan Anda!

Kiriman www.azzlie.blogspot.com

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengeluarkan pertanyaan dan jemputan kepada orang ramai untuk mendapatkan maklum balas di atas permintaan untuk mendaftar 3 domain name di bawah :-

i) www.bible.net.my
ii) www.injil.org.my
iii) www.gospel.org.my

Jika anda merasa prihatin dan membantah pendaftaran domain nama di atas, sila hantarkan bantahan melalui hard copy atau soft copy kepada devi@cmc.gov.my sebelum pukul 12 tengah malam 9 Jun 2008. Anda boleh merujuk di website mcmc dan rujukan penuh di sini. Jalankan tanggungjawab sebagai anggota Muslim yang prihatin.

Credit to tranungkite


(Copyright from isuhangat.blogspot.com)

Rintihan bohsia suci.. =p

Hari panas terik. Suasana Section 2 mula lengang semenjak semalam. Memang begitulah selalunya. Mana-mana student ITM yang tiada kelas pada hari sabtu, selalunya akan balik kekampung pada hari semalam. Cuma mereka yang ada kelas saja akan tinggal terus di sini. Itupun tak banyak bilangannya. Dalam pada manusia lain sibuk menguruskan daki-daki dunia, kelihatan dua kujur tubuh sedang cuba menyelesaikan persengketaan yang membelenggui mereka. Terjahan sang mentari seolah-olah tidak dirasakan oleh mereka. Bagi mereka persengketaan ini harus diselesaikan dengan segera demi masa depan perhubungan mereka... .

"Kau suka hidup macam ni barangkali. Berpeleseran dengan budak takde masa depan. Bergaul dengan mamat yang tak pernah kau kenal. Keluar dengan semua jantan yang kau sendiri tak tahu asal-usulnya. Aku dah mati akal mengenangkan kau ni, kau tahu tak?!! Hei Katy! Apa lagi yang kau nak ha?!! Apa lagi yang kau tak dapat daripada aku?!!!" Black menggeleng-gelengkan kepalanya beberapakali sambil tangan depannya menyapu muka. Hampa sungguh rasanya dengan apa yang telah Katy lakukan.

"Kau silap Black. Tak semua orang yang kau nampak tu jahat perangainya. Kau belum pernah kuar ngan diorang macamana kau nak tahu. Aku yang lepak ngan diorang hari-hari, aku tahulah parangai diorang macamana. Kau jangan buruk sangka ngan semua orang Black. tak baik tahu?" Giliran Katy pula bersuara. Baginya dia harus menegakkan apa yang dirasakan benar. Dikiri kanan jalan orang ramai lalu-lalang tanpa sedikitpun menghiraukan apa yang mereka perdebatkan. Mungkin suasana begini sudah tidak asing lagi kepada mereka. Heh! Section 2. apalah yang nak dihairankan..?

"But*h kau!!! Kau biarkan jantan-jantan s*ndal tu peluk kau, raba seluruh badan kau, usik itu, usik ini, cium sampai tak mau-mau,macam tu kau kata baik?!! Aku saja tak cukup ker?!" Jerit Black sedikit kuat. Serba-salah Katy dibuatnya. Kepalanya memerhatikan sekeliling. Mujur orang tak perasan. Memang melampau kau Black!

"Dah memang macam tu cara diorang luahkan kasih-sayang diorang pada aku. aku nak buat macamana? Takkan aku nak 'bite' sekor-sekor pulak? Kau faham la sikit keadaan aku Black." Muka Katy dah mula berubah. Sedih mengenangkan nasibnya yang hidup merempat sejak ibunya menghilangkan diri.Tunduk saja mukanya. Dia tahu kata-katanya itu hanya membangkitkan lagi kemarahan Black. Ternyata apa yang diduganya itu benar. Kalau bukan kerana tempat awam, mungkin dah lama dia meraung sekuat-kuat hatinya.

"Kasih-sayang.. Kasih sayang kepala hotak bapak kau!! Senangnya kau cakap? Betina apa kau ni ha?! Sundal!! Lepas ni aku nak kau berambus dan jangan jenguk-jenguk dalam kawasan aku lagi. Tak kuasa aku nak support kau lagi. Pegi la kau menagih kat jantan-jantan yang kau kata baik tu.Kau paham?!!" Black memusingkan badannya lantas mengatur langkah tanpa sedikitpun menoleh kebelakang. Langkah laksana seorang laksamana rimba yang tak pernah kenal erti gentar.

Dibelakang kelihatan Katy tersedu-sedu menahan tangisan. Tak pernah seumur hidupnya dia dicemuh sampai sebegini rupa. Sejak ibunya tiada,hidupnya memang merempat . Benar-benar mengharapkan perhatian jantan-jantan tu semua untuk berlindung. Mujurlah dia ada pakej paras rupa.Kalau tidak, dah lama dia mati kebulur. Buruk sangatkah apa yang telah dia lakukan? Jahat sangat ker apa yang dah dia buat? Kenapa Black tak pernah nak terima hakikat ini? Katy cuba mengesat airmatanya dari terus keluar. Dia tak mahu ada orang tahu kesedihan yang menimpanya ketika itu. Biarlah segalanya di tanggung sendiri. Mungkin inilah dugaan yang harus ditempuhinya. Hidupnya kini sebatang kara. Dalam masa yang sama kelihatan kanak-kanak berlari keluar dari pengkarangan sekolah menengah section 2 menuju kearah bus stand dimana Katy duduk.

Budak dah habis sekolah. Mesti dah dekat pukul satu ni. kejap lagi bebudak ITM balik. Bisik hati Katy. Dia memang hilang arah betul kini. Dalam hatinya dia berdoa agar ada orang yang masih sudi memberikan perhatian kepadanya dan mengajaknya pulang kerumah. Dapatlah dia mengorat demi mendapatkan sedikit makanan dan tempat untuk berlindung dari panahan terik mentari. Kata-kata Back sebentar tadi masih terngiang-ngiang di cuping telinganya. Sampai hati kau buat aku macam ni Black. selama ni aku serahkan segala jiwa raga aku pada kau. dan akhirnya ini balasan kau pada aku. Barangkali kau dah pun menjumpai betina yang jauh lebih 'raa' dari aku. Hati Katy terus merintis. Sekali-sekala kepalanya tunduk menyembunyikan tangisan.

"Eh! Gebunya minah ni..cute lak tu." Katy menahan senyuman. Orang yang ditunggu-tunggunya sudahpun menunjukkan batang hidung. Student part 04 Fine Metal ini memang sudah lama dia kenali. Tapi selama ini dia hanya mampu memerhatikan dari jauh. Ah! Siapa yang tak kenal Zaki. Cerita tentang kemachoan hati Zaki sudah lama tersebar di section dua. Sudah lama menjadi buat mulut kawan-kawannya. Barangkali juga lelaki separti inilah yang paling dibenci oleh Black!

Zaki mula merapati Kathy. Hati Kathy berdebar-debar menunggu reaksi Zaki selanjutnya. Tangan Zaki mula merayap-rayap ke dagu Kathy. Kathy sengaja tunduk-tunduk malu. Zaki mula mengusik -ngusik rambut Kathy sambil mulutnya tak berhenti-henti memuji ke'cun'an Kathy. Melihatkan respon Kathy yang lampu hijau tu.Selamba Zaki merangkul Katy tanpa menghiraukan pelajar sekolah menengah yang lepak di bus stand itu. Selamba juga Katy membiarkan dirinya dipeluk oleh Zaki dan kononnya malu-malu kucing. Seolah-olah perlakuan sedemikian memang tidak asing lagi pada manusia hari ini.

"Ikut aku balik rumah, nak? Rumah aku line clear..Aku tinggal dua orang je. Tak de sape akan ganggu kau. Kau selamat dengan aku. Boleh? " tanya Zaki seakan merayu. Namun pertanyaan itu tidak terus di jawab olek Katy. Dia hanya tersipu-sipu malu sambil mengerling manja kearah Zaki. Walhal itulah yang diidam-idamkan olehnya. Lepas ni mesti dapat 'makan sedap' . Bisik hati Katy..Zaki mengatur langkahnya menuju kerumah yang tidak sampai sepuntung rokok itu. Tatkala kakinya cuba melangkah masuk kedengaran suara abang Rosli menyapa dari belakang.

"Anak kucing mana pulak yang kau kutip tu Zaki?!!"

(Copyright from isuhangat.blogspot.com)

Banyak Hasanah Yang Diperoleh Pembaca Al-Quran

Dan daripada Abdullah Bim Mas'ud r.a. katanya,bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
"Barangsiapa yang membaca suatu huruf dari kitab ALLAH Ta'ala,maka baginya suatu hasanah(kebaikan),dan suatu hasanah itu berganda sepuluh kali.Aku tiada mengatakan Alif-Lam-Miim itu suatu huruf,akan tetapi Alif itu satu huruf,Lam itu suatu huruf dan Mim itu suatu huruf."(Riwayat Termidzi)

Kalau kalimat Alif-Lam-Mim itu tiga huruf yang berkali sepuluh menjadi 30 hasanah,maka kalau kita baca Surah al-Fatihah sahaja sudah berapa ratus huruf,yang dikalikan sepukuh menjadi berapa ribu hasanah,apatah lagi kalau kita bacasatu juz dari al-quran berapa puluh ribu atau ratus ribu hasanah??namun begitu kita masih malas membaca al-quran,kenapa??Renung-renungkan dan selamat beramal...

(Bab pertama,kitab : AT-TIBYAN FI ADABI HAMALATIL QURAN)

Assalamualaikum....

salam sejahtera buat sume pelawat2 blog ana ni.Apa kabo agakanye ek??harap sihat2 belaka dan bertambah comel dan hensem..ermmm...Alhamdulillah dapat gak ana kongsikan sedikit sebanyak ilmu quran dengan dimulakan dengan kitab At-tibyan Fi adabi Hamalatil Quran.Maafkan ana andai segala isi dalam blog ana ni kurang menyerlah.Kalau ada yang perlu ana baiki sila emelkan pada ana di aku_mior@yahoo.com.
Dan ana nak minta maaf andai segala isi dan cerita dalam blog ana ni ada yang membuatkan para pembaca kurang senang.Maafkan ana kalau isi dan cerita dalam blog ana ni kurang sesuai untuk kita sebarkan sebagai dakwah islamiyyah kita.Maafkan ana yang banyak kekurangan ini,jadi ana minta pada semua yang melawat blog ana komen sikit tentang blog ana ye...Cakap je tentang apa yang perlu ana tambahkan.seperti biasa ana tetap akan menulis tentang adab-adab sebagai pembawa al-quran atau dalam bahasa yang mudah adab-adab sebagai seorang Hafiz Al-Quran.Jadi ana akan sambung dalam sedekit masa lagi..Hehehehe,buat masa ni ana sibuk sikit..
jadi setakat ini saja..salam..........

'Abang Nak Beli Kuih..??'

Hari itu, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar disebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki - berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.

'Abang nak beli kuih?' Katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.
"Tak apalah dik...Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas. Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.
"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya.
"Abang baru lepas makan dik, masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut. Dia beredar, tapi cuma setakat dikaki lima. Sampai disitu, di meletakkan bakulnya yang masih sarat

Setiap yang lalu ditanya...
" Tak nak beli kuih saya bang.. Pak cik... Kakak atau makcik."
Molek budi bahasanya!

Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan dihati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya. Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu , membetulkan duduk dan menutup pintu.

Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumanya. Saya lihat umurnya lebih kurang 12 tahun.

"Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang", katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya. Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul persaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.

" Ambil ni dik! Abang sedekah... Tak payah abang beli kuih tu" saya berkata ikhlas kerana perasaan kesian meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya.

Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya. Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak- kanak itu.
"Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya.
"Kenapa adik berikan duit abg tadi pada pengemis tu? Duit tu abg bagi adik!" kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.
"Bang, saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. "Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekali gus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

"Abang nak beli semua ke?" dia betanya dan saya cuma ngangguk. Lidah saya kelu nak berkata.
"RM25 saja bang.....!

Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu. Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan.

Dalam perjalanan ke K. Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatim kah?? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya?? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kesian, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapt menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkn saya, siapa kita sebenarnya!!!

(Copyright from www.iluvislam.com)

Sunday, June 8, 2008

Air Kosong Penawar Pelbagai Penyakit


Kajian para saintis mendapati amalan minum air sebaik bangun dari tidur setiap pagi mempunyai banyak manfaat.

Japanese Medical Society misalnya berjaya membuktikan dalam kes-kes tertentu, amalan ini mampu memulihkan penyakit termasuk yang serius.

Diantara penyakit yang termasuk dalam penyelidikan persatuan perubatan di negara matahari terbit itu ialah sakit kepala, sakit-sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, lemak berlebihan, bronkitis, tibi, meningitis, buah pinggang dan jangkitan pada air kencing.

Bagaimanapun amalan minum air kosong sebaik jaga dari tidur ini perlu mengikut beberapa peraturan untuk memastikan keberkesanannya.

• Minum empat gelas air (160 ml) sebaik jaga dari tidur setiap pagi dan sebelum memberus gigi.
• Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan atau minum apa-apa untuk 45 minit.
• Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa.
• Selepas 15 minit mengambil sarapan, makan tengahari dan makan malam jangan makan atau
minum untuk tempoh dua jam.
• Bagi pesakit yang lanjut usia dan tidak larat minum empat gelas air sekali gus diperingkat
permulaan, mereka boleh memulakan kaedah rawatan ini dengan meminum air secara
berperingkat sehingga mampu mencapai empat gelas sehari.
• Kaedah rawatan dipercayai mampu merawat pelbagai penyakit dalam tempoh tertentu.

1. Tekanan darah tinggi – 30 hari
2. Gastrik - 10 hari
3. Diabetes – 30 hari
4. Sembelit – 10 hari
5. Kanser – 180 hari
6. Tibi – 90 hari.

Pesakit artritis hanya perlu mengikuti rawatan tersebut untuk tiga hari. Rawatan ini tidak mempunyai sebarang kesan sampingan kecuali diperingkat awal pesakit mungkin kerap buang air kecil.

sumber:http://www.kpwkm.gov.my/

(Copyright from iluvislam.com)

Ketika....

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita
Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis,
tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,tetapi menikah di hadapan Allah

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana
menyia-nyiakan do'a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan
bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan
duri.

7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru
semakin erat berpegang tangan

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.
Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus
dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi
kita semasa menderita

12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk
bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan
pertolongan Anda.

13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

14.KETIKA MENDIDIK ANAK
Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang
tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ....

15.KETIKA ANAK BERMASALAH
Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.

16.KETIKA ADA PIL.
Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.


17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS
Gunakanlah formula 7 K
1 Ketaqwaan
2 Kasih sayang
3 Kesetiaan
4 Komunikasi dialogis
5 Keterbukaan
6 Kejujuran
7 Kesabaran

(copyright from isuhangat.blogspot.com)

Terlalu lama...

1Terlalu lama. berdiri - merosakkan tulang. Urat - urat sekitar kaki menjadi
kembang.

2. Terlalu lama duduk - merosakkan lipatan daging. Akan mudah dihinggapi
penyakit tua. Tubuh badan menjadi kendur.

3. Terlalu lama berjalan - merosakkan urat. Dalam pada itu haid akan menjadi
tidak teratur dan tidak menentu masanya.

4. Terlalu lama melihat - merosakkan darah. Darah haid menjadi lebih kotor
dari kebiasaannya.

5. Terlalu banyak tidur - merosakkan tenaga.. Menjadi pemalas. Jauh jodoh.
Selalu berangan-angan. Urat - urat disekitar rahim menjadi tidak kuat. Mudah
dijangkiti kemandulan.

6. Terlalu riang/gembira - merosakkan usus. Mudah dijangkiti keputihan pada
liang vagina.

7. Terlalu kerap marah - merosakkan hati. Cepat kelihatan tua.

8. Terlalu banyak berfikir - merosakkan limpa. Kulit muka cepat berkedut.
Haid tidak menentu & dalam waktu tidur kerap mengalami sentakan kaki atau
tangan. Kesihatan rahim sekitarnya mudah terjejas.

9. Terlalu banyak bersedih - merosakkan jantung.

10.. Terlalu merana - merosakkan paru-paru.

11. Terlalu takut - merosakkan ginjal. Apabila fungsi ginjal terjejas, boleh
mengakibatkan gejala kencing manis dan lemah jantung.

12. Terlalu kerap terkejut - merosakkan pundi hempedu. Gejala pening kepala
kerap dialami. Haid menjadi tidak menentu dan pendarahan yang terkadang
terlebih.

13. Terlalu banyak makan - merosakkan pe ncernaan. Mudah mengalami keletihan,
malas dan selalu mengantuk. Liang vagina kurang bersih (semakin banyak
'ragam' lauk/makanan yang dimakan
14. Terlalu banyak minum minuman berais - merosakkan otot & lambung. Badan
dan payudara menjadi lembik. Berat badan meningkat. Mudah diserang penyakit
& tidak kelihatan awet muda

15. Terlalu banyak masa lapang - merosakkan fikiran. Kelapangan masa yang
terlalu banyak menimbulkan berbagai khayalan dan menimbulkan berbagai
penyakit jiwa, kecuali masa lapang diisi dgn aktiviti hidup yg positif .


(Copyright from isuhangat.blogspot.com)

Mirwana - Andaiku Pergi

Cerita hidup kian berlalu,
Membawaku ke penghujung,
Kaku langkah kian lemah,
Kelu lidah untuk bicara.

Langit jingga warna senja,
Desir bayu membisik duka,
Kealpaan nan semalam,
Inginku lepaskan luka silam.

Bersama rayu doa,
Damba keampunanNya.

c/o

Andai diriku pergi,
Tinggalkan mu sendiri,
Usah kau sedih,
Usah tangisi duga dari Ilahi.

Andai ku pergi dulu,
Tiba tika dan waktu,
Telah tertulis takdir untukku,
Perjanjian yang Maha Agung.

Doakanku sejahtera di sisiNya.

Rasa gentar, rasa rindu bertarung di fikiranku,
Wajah ceria, senyum manja kisah kita menghapus resah.

Maafkan diriku kasih kerana buat kau menangis,
Restuiku dengan cinta, jangan kau titiskan air mata.

Pintaku redhailah,
Terima kasih atas segalanya.

Hidup ini sementara,
Ujian pasti setia hati,
PadaMu kekasih.

Moga rahmat hidayahMu,
Mengiringiku, menemaniku,
Saat akhir waktu.

Bersaksi diriku,
Tiada lain hanya Kau satu,
Memiliki cintaku,
Ku serah segalanya kepadaMu

-imeem.com-

Friday, June 6, 2008

Surat Cinta Lawak

Valentine hari tu ayang tanya tang mane kite sayang kat ayang. Time tu
kite tak dapat nak jawab. Semalam ayang merajuk ngan kite, kite dah
penat nak layan. Ayang call kat kite kite malas nak jawab. Tang mane erk
kite sayang kat ayang? Semalaman kite duk pk soalan tu. Pernah ke? Maybe
tak sedalam cinta Titanic atau Taj Mahal. Sayang kite kat ayang sangatla
kerdil. Sebab tu la ayang selalu merajuk erk? Tak tahula, setahu kite:

1. Sebelum kite kenal kat ayang, setiap sem kite dapat Anugerah Dekan.
Bile dah kenal ngan ayang, setiap sem kite repeat paper. Sebelum kenal
ngan ayang kite belajar pakai duit biasiswa, lepas kenal ngan ayang,
keluar makan lagi nak mintak duit ngan emak kite.

2. Kalau ade 1 buah epal, kite bagi je kat ayang. Kalau ade 2 buah epal,
kita bagi yang besar kat ayang.

3. Kalau kite makan ikan, ayang makan tang badan ikan tu, kite pula
makan tang kepala ikan tu je.

4. Ayang ni tak la cun sangat, tapi kite tak pernah kutuk ayang tak cun.
Tapi kite yang hensem ni ayang lagi nak kutuk ngan member depan kite,
kata kite tak hensem langsung. Eera Fazira berlalu depan mata, kite diam
je. Takut kalau puji kang ayang marah. Mat Indon duk depan Sogo ayang gi
ngorat time kite gi tandas. Siap mintak nombor tepon depan kite lagi.

5. Kalau keluar ngan ayang, ayang slambe nak makan Starbucks, kite tipu
kite dah kenyang, padahal bile dah sampai kat umah kite makan mee maggi.



6. Sebelum kenal ngan ayang., kite tak pernah ade girlfriend. Selepas
ayang kenal ngan kite, genaplah koleksi ayang ada 20 boyfriend
kesemuanya. Kite tak pernah marah ayang plagirl, dah tu ayang kata kite
cam sami buddha.

7. Kalau ayang rasa nak cium kite, ayang cium terus tak pernah tanya
pun. Tapi bile kite rasa nak cium ayang, lepas tanye lagi nak kene
reject.

8. Ayang selalu pukul dada kite, tampar muka kite, cubit peha kite, kite
tak pernah tengking sekali pun, apatah lagi nak cubit, nak tampar, nak
pukul?

9. Pernah ayang tanya kalau ayang jatuh cinta ngan laki lain, kite nak
buat ape. Kite kate kite nak bunuh laki tu. Tapi bile kite tanya kalau
kite jatuh cinta kat pompuan lain, ayang nak buat ape, ayang kata nak
bunuh kite, emak kite, ayah kite ngan nenek kite.

10. Kite beli mask Clinique ngan ayang harga RM300 kite kate harga RM30.
Ayang beli jam tangan kat kite harga RM30 ayang kate harga RM300.

11. Setiap kali berjumpe kite bagi hadiah kat ayang, tapi setiap tahun
birthday kite ayang kate dah lupe.

12. Aritu ayang peluk kite kate nak sangat romen ngan kite, kite kata
tak boleh, dosa. Ayang kate kite tak sayang ayang. Pastu semalam ayang
pakse kite romen ngan kite. Kalau tak ayang nak break ngan kite. Ok
pukul 2 pagi kite sanggup bawak motor sampai Jalan Pahang nak beli
kondom. Ayang kate saje je nak test kite, pastu marah kite keji. Kite
diam je duk tepi akuarium... tengok ikan emas tengah romen.

13. Kite rosakkan headphone walkmen ayang, kite ganti satu discman baru.
Ayang rosakkan kerete kite, ayang buat derk je.

14. Sekali ayang demam, kite kene diet 2kg nak jaga ayang. Sekali kite
demam, ayang tambah berat 2kg sebab abiskan makanan kite.

15. Kite tak pernah kata ayang pendek, ayang marah kite tinggi sangat,
member ayang ketawakan ayang.

16. Ayang datang umah kite, kite tido sofa, kite datang umah ayang, kite
gak yang tido kat sofa.

17. Mak kite belikan rantai Tiffany ngan ayang. Mak ayang tak pernah
ajak kite makan kat umah ayang walau sekalipun.

18. Kucing umah kite bersalin, kite bagi anak kucing yang paling cute
kat ayang, 2 hari je ayang bela, kucing tu dah mati. Ayang tak kate pa
pe pun. Ayang bagi ikan emas yang dah dekat mati kat kite, 2 hari kite
bela dah mati. Ayang kata nak bunuh semua anak kucing kite.

19. Ayang kalau nak pakai duit kite, terus ambil takyah bagitau. 30 ke
80 ke seratus ke selagi wallet kite ade duit. Aritu kite nak pinjam 10
ringgit sebab terlupe bawa wallet, ayang kate kite kedekut.

20. Birthday ayang kite tak pernah terlupe. Birthday kite arini ayang
tak pernah ingat.


hmm...huk...huk....

(Copyright from isuhangat.blogspot.com)

Thursday, June 5, 2008

Perumpamaan Mukmin Yang membaca Al-Quran

Daripada Abu Muasa Al-Asy'ari r.a dia berkata,telah bersabda Rasulullah s.a.w bermaksud:
"perumpamaan orang mukmin yang membaca al-quran umpama buah utrujjah,(sejenis buah)baunya wangi dan rasanya pun sedap.Dan perumpamaan orang mukmin yang tidak membaca al-quran umpama buah kurma yang tidak mempunyai bau tetapi rasanya manis.Perumpamaan orang munafik yang membaca al-quran umpama buah raihanah yang baunya wangi tetapi rasanya pahit.Perumpamaan orang munafik yang tidak membaca al-quran umpama buah hanzhalahyang tiada mempunyai bau dan pahit rasanya pula"
(Riwayat Bukhari Dan Muslim)

Daripada Saiyiddina Umar Bin Al-Khattab r.a bahawa Nabi s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
"sesunguhnya ALLAH Taala telah mengangkat beberapa suku kaum dengan kitab ini,yakni al-quran dan merendahkan setengah suku kaum yang lain"
(Riawayat Muslim)

(Bab pertama,kitab: AT-TIBYAN FI ADABI HAMALATIL QURAN)


Aku memandangnya. Sayu. Hambar. Lesu. Tanpa rasa. Dia masih seperti itu. Lama aku tinggalkannya. Sejak sebulan lalu. Kami tidak bertegur sapa. Tiada ucap cinta, tiada sentuhan, tiada belaian, tiada... segalanya seperti seolah-olah tidak pernah berlaku.

Aku jadi gelisah, sejak dua hari lalu, urusanku seringkali tertangguh, bermasalah dan tiada penyelesaian. Aku seperti kehilangan sesuatu. Wang? Cukup, malah lebih daripada mencukupi.Lapar? kenyang hingga melampau-lampau, sebut apa sahaja semuanya lalu. Sakit? Aku masih bisa berjalan, berlari, bergerak cergas seperti orang lain. Teman? Banyak teman-teman disisiku yang mengasihiku, ibu bapa yang memberi dorongan padaku.

Lantas apa? Aku ini kehilangan apa dalam hidupku? Aku jadi penasaran terus!!!

Suatu hari aku terpandangnya. Hasrat hati ingin menegur tetapi aku tiba-tiba jadi kaku. Malu, malu kerana aku telah meninggalkannya, malu kerana aku mengabaikannya, malu kerana aku tidak menyentuhnya, membelainya bahkan sudah lama dia tidak kusapa.

Lalu aku beranikan diri. Aku menyentuhnya. Tiba-tiba, hati jadi sayu. Jiwa jadi terharu. Fikiranku keliru. Saat jariku menyentuhnya, segalanya berubah. Lantas ia kucium. Kutatap wajahnya. Dia seakan tersenyum padaku. Aku hiba. Luluh jiwaku. Rasa pedih dan kehilangan mulai hilang sedikit demi sedikit. Kami saling berhadapan.

Aku mulakan bicaraku, sepatah demi sepatah. Dia seolah mendengar. Tuhan pun mendengar sama. Seluruh jasadku jadi menggeletar tiba-tiba katanya, "Setiap yang hidup pasti akan mati." Saat itu aku rasa seolah dia memberitahuku siapa aku sebenarnya.

Tambahnya, kata Tuhan, "Tidak aku ciptakan manusia kecuali untuk menyembahKu." Aku teringat sesuatu.

Aku pernah mendengar itu suatu masa dahulu. Ya, dia pernah mengatakan itu juga. Aku tatap ia lagi. Masih tidak puas. Ah rupanya ada sesuatu antara kami. Ada rindu yang tak berkesudahan. Ada cinta yang tak terungkap. Ada bicara seribu makna.

Lagi.. ada kasih yang masih tak terucap. Terus aku koreksi hati. Ini yang aku cari. Sebuah cinta tinggalan kekasih hati. Sebuah kitab yang tersimpan lama milik Tuhan untuk insan. Beribu bicara tuhan masih tersimpan. Selagi belum kiamat, ia akan terus dibela, dipelihara.

Ah hati mahu kamu rupanya Furqan, Kitaab, A-Zikr, atau nama panggilan biasa mu Al-Quran. Tuhan, jangan pisahkan kami!!! Jangan biarkan aku merana begini! Wahai hati, baliklah padanya. Walau sesibuk mana. Ia masih di situ. Menantimu. Sampai tiba waktumu..

Menjadi Bidadari yang Didambakan


Menjadi bidadari bagi suami di dunia dan akhirat, adalah cita-cita tertinggi seorang muslimah sebagai istri. Mengapa tidak cukup menjadi bidadari di dunia saja? Toh, Allah sudah menjanjikan bidadari-bidadari di syurga bagi para suami (muslimin) yang shaleh. Justru itulah sebabnya. Tidak cemburukah para istri jika perannya digantikan oleh wanita-wanita lain yang kebetulan seorang bidadari? Oleh karenanya, adalah sebuah dambaan bagi seorang istri untuk menjadi ratu bidadari bagi suaminya kelak di syurga. Karena istri atau wanita pendamping suami ketika hidup di dunia lebih tinggi derajatnya dibandingkan dengan bidadari-bidadari syurga, karena ibadahnya kepada Allah. Wanita dunia menjalankan sholat, shaum, dan semua amaliah ibadah lainnya, sedang bidadari syurga tidak.



Al-Qur’an maupun Hadits Rasulullah SAW banyak menyebutkan tentang sosok bidadari syurga. Teramat banyak ilustrasi indah yang dinyatakan untuk menggambarkan bidadari syurga. Istri-istri yang disediakan oleh Allah tersebut, yang dinyatakan berjumlah ‘72’, adalah wanita abadi dan suci, cantik jelita nan lembut gemulai… tiap kali berkumpul bersama mereka tidak ada kata bosan dan jenuh. Jika bidadari menampakkan wajahnya, terpancarlah keindahan antara langit dan bumi. Bidadari yang sempurna, indah perangai, indah segala. Mereka tidak pernah disentuh oleh penghuni-penghuni syurga selain suaminya. Ketika sang mukmin masuk syurga bidadari akan menyambutnya dengan pelukan hangat dan erat dengan jari dan telapak tangan yang lembut dan indah. Mereka selalu bernyanyi riang gembira, tiada sedih tiada duka, mereka menyanyikan kidung-kidung, tasbih, tahmid, serta pujian kepada Allah. Jika bidadari syurga ke bumi niscaya wanginya akan memenuhi seluruh bumi… Subhanallaah..



Adalah tugas besar dan berat bagi seorang istri untuk menjadi bidadari di antara bidadari lain bagi suaminya. Karena hanya seorang istri yang shalihahlah yang kelak dapat menjadi ratunya bidadari syurga. Dengan kata lain, seorang istri haruslah masuk syurga, sehingga bisa mendampingi suaminya. Disebutkan: Dari Anas bin Malik ra. bahwa Rasulullah bersabda: “Jika perempuan shalat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, niscaya ia akan masuk syurga.” (HR. Al-Bazaar). Tapi bukan sebatas itu, banyak hal lain yang harus diperhatikan dan diutamakan untuk dilaksanakan bagi seorang istri agar dapat mendampingi suami di syurga, yakni:



1. Senantiasa taat pada Rabb-nya. Segala ketentuan dan ketetapan Rabb-nya diterima dengan tulus ikhlas, tiada rasa berat di hati. Oleh karenanya, seorang wanita jika ingin menjadi bidadari dunia akhirat hendaknya bisa memingit dirinya dari segala macam perbuatan maksiat dan durhaka.

2. Membantu suami taat pada Rabb-nya. “Harta yang utama adalah lisan yang senantiasa berdzikir, hati yang senantiasa bersyukur dan istri beriman yang membantu suami dalam menegakkan bangunan imannya”. (Hr. Ibnu Majah dan Tirmidzi, hasan).

3. Yang termasuk ciri istri yang shalehah yang akan menjadi ratunya bidadari di syurga nanti adalah yang taat kepada suaminya bahkan dikatakan tidak dianggap taat kepada Allah jika tidak mau taat kepada suaminya dalam hal yang ma’ruf.

4. Bersikap sebagaimana istri yang shalihah terhadap suami, yang diwujudkan dengan sikap a.l: menghargai suami, selalu bersikap lembut dan sopan di hadapan suami, menampakkan pandangan yang teduh dan tenang, senantiasa bertutur lembut dan manis, selalu berkata yang baik, merdu dan riang kepada suami, menghiburnya setiap saat, selalu berhias dan menjaga kecantikan dirinya untuk suami, dlsb.



Telah banyak keterangan sebagai panduan bagi seorang istri dalam bersikap kepada suami.

“Sebaik-baik wanita adalah yang jika engkau melihatnya, akan membahagiakan dirimu, jika engkau memerintahnya akan mentaatimu, dan jika engkau tidak berada di sampingnya ia akan menjaga hartamu dan dirinya sendiri.” (HR. Ibnu Jarir dan Nasa’I dari Abu Hurairah ra. H

Wednesday, June 4, 2008

Mabuk Dalam CINTA..

DIKISAHKAN DALAM SEBUAH KITAB KARANGAN IMAM AL-GHAZALI BAHAWA PADA SUATU HARI NABI ISA A.S BERJALAN DIHADAPAN SEORANG PEMUDA YANG SEDANG MENYIRAM AIR DIKEBUNNYA. BILA PEMUDA ITU TERLIHAT AKAN NABI ISA A.S BERADA DIHADAPANNYA MAKA DIA PUN BERKATA “ WAHAI NABI ISA A.S KAMU MINTALAH KEPADA TUHAN KAMU AGAR DIA MEMBERI AKU SEBERAT SEMUT JARRAH CINTAKU KEPADANYA”.

BERKATA NABI ISA A.S “ WAHAI SAUDARAKU, KAU TIDAK AKAN TERDAYA UNTUK SEBERAT JARRAH ITU.”

BERKATA PEMUDA ITU LAGI, “ WAHAI NABI ISA A.S, KALAU AKU TIDAK TERDAYA UNTUK SATU JARRAH ITU, BERIKANLAH AKU SETENGAH BERAT JARRAH CINTAKU KEPADANYA.”

OLEH KERANA KEINGINAN PEMUDA ITU UNTUK MENDAPATKAN KECINTAANYA KEPADA ALLAH, MAKA NABI ISA A.S PUN BERDOA,,, “ YA TUHANKU.. BERIKANLAH DIA SETENGAH BERAT JARRAH CINTANYA KEPADA MU”. SETELAH ITU, NABI ISA A.S PUN TERUS BERLALU DARI SITU.

SELANG BEBERAPA LAMA, NABI ISA DATANG LAGI KE TEMPAT DIA BERTEMMU DENGAN PEMUDA YANG MEMINTANYA BERDOA, TETAPI NABI ISA A.S TIDAK DAPAT BERJUMPA DENGAN PEMUDA ITU. MAKA NABI ISA A.S PUN BERTANYA KEPADA ORANG-ORANG YANG LALU LALANG DITEMPAT TERSEBUT. DAN BERKATALAH SALAH SEORANG DARIPADA MEREKA BAHAWA PEMUDA ITU TELAH GILA DAN BERADA DI ATAS GUNUNG.

SETELAH NABI ISA A.S MENDENGAR PENJELASAN ORANG ITU, MAKA BELIAU PUN BERDOA KEPADA ALLAH S.W.T “ WAHAI TUHANKU, TUNJUKKAN LAH KEPADAKU TENTANG KEBERADAAN PEMUDA ITU”.. SETELAH SELESAI SAHAJA NABI ISA A.S BERDOA,, MAKA BELIAU PUN DAPAT MELIHAT PEMUDA ITU YANG BERADA DI GUNUNG GANANG DAN SEDANG DUDUK DI ATAS SEBUAH BATU BESAR, MATANYA MEMANDANG KE LANGIT.

NABI ISA A.S PUN MENGHAMPIRI PEMUDA ITU DENGAN MEMBERI SALAM, TETAPI PEMUDA ITU TIDAK MENJAWAB SALAM NABI ISA A.S, LALU NABI ISA A.S BERKATA “ AKU INI ISA A.S “….. KEMUDIAN ALLAH MENURUNKAN WAHYU YANG BERBUNYI “WAHAI ISA, BAGAIMANA DIA DAPAT MENDENGAR PERBICARAAN MANUSIA, SEBAB DALAM HATINYA ITU TERDAPAT KADAR SETENGAH BERAT JARRAH CINTANYA KEPADAKU. DEMI KEAGUNGAN DAN KELURUHANKU, KALAU ENGKAU MEMOTONG DIA DENGAN GERGAJI SEKALIPUN TENTU DIA TIDAK AKAN MENGETAHUI AKAN HAL ITU”

DEMIKIANLAH AGUNGNYA CINTA ALLAH… RENUNGKANLAH…………

-Copyright from isuhangat.blogspot.com-

Tips Untuk Mempertahankan Kehangatan Cinta

Berikut beberapa tips untuk mempertahankan kehangatan cinta:

1. Menempatkan cinta kepada Allah di atas segala cinta terhadap apapun. Dan sentiasa meningkatkan cinta itu, kerana ALLAHlah yang Maha menganugerahkan cinta kepada orang-orang yang mencintaiNya (Al-Maidah, Ayat 54). Maka ajaklah pasangan (dan seluruh anggota keluarga) untuk semakin mendekatkan diri padaNya, misalnya dengan membaca doa Al-Mathurat bersama setelah qiyamullail.

2. Sentiasa berdoa kepada Allah agar ditetapkan dalam keimanan, yang kerananya rahmat, kasih sayang dan kedamaian tetap tercurahkan.

3. Ciptakan komunikasi yang selaras, berkesinambungan, mesra dengan menggunakan teknik-teknik komunikasi yang baik seperti berkata jujur, lemah lembut, sopan dan juga tidak melupakan aspek ketegasan sikap. Komunikasi yang sedemikian sudah tentu menutup rapat riak kecurigaan dan saling tidak percaya antara satu sama lain.

4. Jadikan kamar tempat di mana segala luahan hati tertumpah namun tetap dalam suasana kehangatan dan kemesraan. Semoga dalam keadaan apa pun, semua masalah dapat diselesaikan dengan hati terbuka dan tenang, dari sekadar masalah lupa cium kening, masalah belanja sampai soal perkelahian anak-anak dengan anak jiran.

5. Gunakan waktu secara efektif dan efisien. Jangan sekali-kali menggunakan waktu keluarga (hari minggu misalnya) untuk pekerjaan atau hal-hal yang mengganggu waktu kualiti bersama keluarga kerana dengan apapun anda cuba membayarnya, kerugian yang dideritai pasangan anda tidak akan mampu terbayarkan, meskipun anda menggandakan kualiti masanya pada hari libur berikutnya.

6. Ceriakan hari-hari dengan variasi, fantasi dan warna-warni yang anda ciptakan khusus untuk pasangan anda. Letak aksesori kamar yang berubah-ubah (terutama yang ringan-ringan), atau warna pastel dan aroma kamar yang menyegarkan. Untuk aktiviti di luar rumah, biasakan secara rutin untuk berjalan pagi bersama di hari minggu atau jika ada kesempatan, luangkan waktu untuk melakukan riadah bersama-sama.

7. Ciptakan juga perkara-perkara baru yang menceriakan hari bersamanya, misalnya dengan mencuci pakaian bersama, atau membersihkan rumah dihari minggu bersama-sama. Sekali-sekala jadilah nakal. Pancutkan air kepada pasangan atau saling melempar bantal. Ia mampu meluluhkan kebekuan atau bongkah konflik yang mungkin saja berpotensi tumbuh tanpa disedari, mungkin tidak bagi anda tapi pasangan anda?

8. Jadikan setiap cubaan dan konflik yang ada sebagai sebahagian dari adat bercinta, bukankah cinta itu tak selamanya berwarna indah? Di dalamnya juga ada rasa pahit dan tawar. Hal itu akan menyedarkan kita bahawa dalam hidup ini akan selalu menampakkan warna-warni yang berbeza, samada disukai atau tidak, namun tetap harus dijalani. Ia seperti sepasang kekasih yang baru menikah, seringkali hanya menangkap sisi-sisi indah kehidupan tanpa mempedulikan dugaan dan liku-liku kehidupan yang bakal dilalui bersama.

9. Tak salah anda mengenang saat-saat indah bersama pasangan, pada bila-bila masa atau di manapun, sendiri mahupun berdua. Perkara itu akan makin membuatkan anda menghargai dan rasa bangga terhadap pasangan anda. Atau setidaknya mampu memaksa anda memaafkan kesalahan yang pernah dibuat pasangan anda.

10. Mengingat-ingat kelebihan dan keistimewaan yang ada pada pasangan dan cuba melupakan kesalahan dan keburukan yang mungkin (pernah) ada padanya. Insya Allah, indahnya cinta yang dulu bersemi pertama kali tetap akan anda rasakan hingga saat ini, ditambah pula keceriaan yang dibawa oleh cahayamata hasil perkahwinan bahagia anda berdua!

The more you give the more you get, suami isteri hidup muafakat

Kasih sayang membawa berkat, Kekal abadi ke akhir hayat

-Copyright from isuhangat.blogspot.com-

Minyak naik RM2.70!

Petrol naik 78 sen kepada RM2.70 seliter, diesel naik RM1 kepada RM2.58 seliter berkuat kuasa tengah malam ini04/06/2008 5:56pm


PUTRAJAYA 4 Jun - Harga petrol dinaikkan RM0.78 seliter kepada RM2.70 seliter berkuat kuasa mulai esok.

Ia merupakan kenaikan harga hampir 40 peratus daripada harga RM1.92 seliter sekarang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan pada sidang akhbar di sini hari ini.

Harga diesel turut dinaikkan sebanyak RM1 kepada RM2.58 seliter daripada RM1.58 sekarang.

Bagaimanapun, untuk mengurangkan beban rakyat, Abdullah berkata, kerajaan akan memperkenalkan rebat tunai bahan api dibayar kepada pemilik kenderaan persendirian sebagai satu bentuk subsidi minyak.

Perdana Menteri juga mengumumkan tarif elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang ditentukan secara progresif berdasarkan kegunaan. - Utusan.

-Copyright from isuhangat.blogspot.com-

Kasih Belum Termiliki - Hafiz Hamidun

Telah aku renangi
Lautan bergelora
Hanya untukku menggenggam kasihmu

Telah ku persembahkan
Seluruh rona jiwa
Jadi bingkisan
Semahu kau pinta

Apa lagi perlu
Aku perkorbankan
Buat membuktikan niat ini
Akan terzahir ke mata

Apa lagi perlu
Aku laksanakan
Untuk kau selami dan mengerti
Kejujuran perasaan

Jika ku masih gagal meyakinkan sebuah keikhlasan
Khabarkanlah kesilapanku

Keperitan rintangan
Persis mawar berduri
Petanda KASIH BELUM TERMILIKI

-imeem.com-

FADILAT BERSELAWAT KE ATAS NABI.

Allah mengampunkan dosa mereka yang berselawat ke atas Rasulullah.

Berganda-ganda rahmat yang dilimpahkan Allah kepadanya.

Tempat yang berhampiran Nabi Muhammad, pada hari kiamat kelak di mana saja Baginda berada.

Keutamaan beroleh syafaat khas daripada Nabi Muhammad pada hari kiamat.

Doa selawat malaikat yang sentiasa berselawat kepadanya selama dia berselawat kepada Nabi Muhammad.

Jaminan terpelihara dan terselamatnya daripada segala apa yang mendukacitakan dan membimbangkannya daripada perkara dunia dan akhirat.

Habuan yang menyelamatkan dia daripada ditimpa keburukan yang menimpa orang yang tidak berselawat kepada Nabi Muhammad.

Wallahualam..

-Copyright from isuhangat.blogspot.com-

Adakah kita benar-benar kecewa?

Assalammu'alaikum warahmatullahi wabarakahtuh...dan Salam sejahtera
buat Teman sekalian..


BAYANGKANLAH....bagaimana keadaan kawan kita apabila putus cinta
dengan seseorang yang sangat dikasihinya. Pasti kawan kita itu kecewa.
Tidak mungkin dia akan dapat ketawa atau bersorak riang. Tidak mungkin
juga dia boleh berseronok lagi untuk beberapa ketika.

Kawan kita itu pasti mungkin saja akan berkurung berjam-jam didalam
kamaarrrrrrrrrrrrrr nya...yang kelammmmmmmmm
tuuu...issssss...issssss...cian dia kan...Kemudian, di kamarr
itu....dia menangis macam baby aje... nak nenen...Kalau tidak begitu
pun...dia maun berseorangan.. Tak mahu diganggu sebab ingin tenangkan
fikirannya. Begitulah selalunya Bukan...kerrr...

Ajakan kekawan kita itu keluar makan, dia akan menolak maut
punya....Maklumlah...dok putus cintan...Hilang selera makan!!! tapi
lapor balunnnn juga...Bak kata pepatah Melayu sendiri...makan tak
kenyang...mandi sekalipun tak terasa basah tapi kuyup aje....Buat apa
saja tak kena...sebab terlalu menanggung perasaan..

Bila kita bertanya pada kawan kita itu, macam-macamlah luahan
kata-kata hati yang tulus ikhlas kita dengor...Itu tak kena..ini pun
tak kena..sanun lagi lahhh weeeiii....Aduhhh poning dibuek
nyoooo...Fikiran kita pun boleh ikut serabut mcm sabut kelapa
dibuatnya sekali...

Kalau kawan kita itu yang buat silap pada kekasihnya..apa perlu kita
buat????....(smi lah)... Nasihatkanlah kawan kita itu
ya...Bagaimana??? Minta kawan kita itu mohon maaf aje lah...kemudian
rujuk semulaaaa...Mesti kawan kita tu akan berkata pada kita...Boleh
keeerrrr dia maafkan aku...jadi TST lah...

Cubalah...betul takk...tak cuba mana tahu...kalau dia
maafkan...syukur...Kalau tidak...tak dapek deenn nolongnyo...Bak kata
Sudah nasib badan..padan kan muka dia...Tanggung sendirilah...mcm
company sendiri berhad lah jadinya kan..kan...Dan pasti katanya" its
too late"...Ahhh! begitulah penenangan orang putus cinta. Ikutkan akal
memang payah jika nak difikirkan...tak gitu kerr...

Sekarang bayangkanlah pula..Jika diri kita sendiri apabila putus cinta
dengan kekasih, Allah SWT yang Maha Pengasih Dan yang Maha Penyayang.
Adakah kita akan benar benar kecewa? Atau... kita masih boleh ketawa
dan berseronok.

Kenapa tidak, kita berkurung didalam bilik, sembahyang taubat dan
sujud memohon keampunan dari-Nya. Saat itu, menangislah. Tunjukkan
keinsafaan dalam diri kita pada-Nya atas kesilapan-kesilapan kita yang
lalu.

Adakah kita tidak pernah silap pada-Nya? Sekali...dua kali...tiga
kali...Tepuk dada tanya selera/hati...KENAPA kita masih tidak mahu
BERTAUBAT???

Kalau kita pernah silap..malah bersalah sekali pun, bertaubatlah. Kita
sudah berjanji pada Allah S.W.T. sebagai orang islam akan patuh
suruhan-Nya, dan, tinggalkan larangan-Nya.. KENAPA MUNGKIN??

Tidak perlu malu atau takut memohon keampunan dari Allah SWT. Tidak
perlu juga untuk kita meminta nasihat dari kawan-kawan atau
saudara-mara kita untuk bagaimana kita harus memohon maaf
dari-Nya...Tidak Perlu..

Sebab Allah S.W.T. adalah kekasih dan cinta kita yang sejati. Allah
S.W.T. itu sesungguhnya Maha Pengampun, Hanya Taubat pinta-Nya. Allah
S.W.T. akan senantiasa memaafkan " kekasih-kekasih"nya yang pernah
silap, bahkan bersalah sekalipun. Dan., tidak pernah "MUNGKIR JANJI"

-Copyright from isuhangat.blogspot.com-

Kekuatan Cinta

Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat.

-Prof. Hamka dalam Tenggelamnya Kapal Van Der Wick-

Assalamualaikum...

Alhamdulillah..dapat gak ana buat blog ni utk kita kongsi2 ilmu tentang al-quran.Apa yang ana tulis ni ana amik daripada kitab "at-tibyan fi adabi hamalatil quran".Karangan Imam Nawawi.Kitab ni kami gunakan dalam kuliah kami lepas kelas Tasme' ataupun dalam bahasa melayunye,kelas memperdengarkan hafazan al-quran yang kami dah hafal semalamnye.Alhamdulillah,hari ni ana dapat g tasme' kat ust.Hmm..juz 11 ni susah la plak kali ni.dulu masa sek tahfiz ok je.Da besor ni jadi payah plak juz 11 ni.Hmm...bukan ana sorang je.member pun camtu gak.Sangkut kat juz 11,Takpela...Mungkin ada hikmah di sebalik sume ni.Erm...bulan 9 ni kami exam utk sem 3.Tolong doakan kami ek??Hehehe..Hujung bulan ni plak ana pegi jadi fasi kat Melaka.penat wor.tapi nak wat camane kan??bidang yang ana pilih.Insyaallah kalo ada rezki,tamat sem 6 ni and dah khatam al-quran ana ingat nak amik psikologi.ataupun kalo tak dapat ana nak g Mesir.sambung penagjian al-quran peringkat ijazah plak.er..ok la!!jumpa lain kali.salam.....

Imranulkhalis

imran

Tuesday, June 3, 2008

Orang yang selalu membaca al-quran dibangkitkan bersama malaikat pencatit amalan

Dari Siti Aisyah R.A dia telah berkata:Telah bersabda Rasullah s.a.w yang bermaksud: "orang yang pintar membaca al-quran(dibangkitkan)bersama para Malaikat pencatit yang mulia lagi patuh.Sedang orang yang mengaji al-quran dengan merangkak,yakni sukar untuk mengeluarkan bunyinya akan memperoleh pahala dua kali ganda" (Riwayat Bukhari dan Muslim)

1.orang yang pandai baca al quran dan fasih lidahnya akan dibangkitkan bersama para
malaikat KIRAAMAN BARARAH,yakni malaikat pencatit amalan mulia.Tegasnya bila dia
dibangkitkan di ssamping para malaikat yang mulia ini,tentulah dia juga termasuk
dengan orang-orang yang mulia.
2.Orang yang merangkak membaca al-quran kerna tidak pandai atau tidak lancar masih
akan diberikan pahala dua kali ganda,apata lagi yang sudah lancar lidahnya dengan
menyebut ayat ayat al-quran tentulah lebih lagi.
(Bab Pertama,kitab: AT-TIBYAN FI ADABI HAMALATIL QURAN)

Kiblatku - Hazami

Sejauh mana pun ku lari
Menggapai hasrat yang terpendam
Biar berkali rebah ku bangun
Walau payah

Kuhimpun kudrat dan harapan
Mengiringi azam yang usang
Sinar seakan pudar

Bila terbit sang suria
Begitulah semangat tegar
Meskipun musim kan silih berganti
Ku terus melangkah

Daku gagahi
Mencari arah
Oh Tuhan
Sinarilah kiblatku

Keringat diteman embunan
Kicau unggas turut berdoa
Purnama bagai tenangkan perang
Di dalam hati

Kuhimpun kudrat dan harapan
Mengiringi azam yang usang
Sinar seakan pudar

Bila terbit sang suria
Begitulah semangat tegar
Meskipun musim kan silih berganti
Ku terus melangkah

Daku gagahi
Mencari arah
Oh Tuhan
Sinari lah kiblat ku

Kala sujud ku ada kesyukuran
Dalam mimpi ada sedih
Menghantui andai ku alpa
Langit kejayaan ku
Berkiblat pada Mu
Hanya satu...

-imeem.com-

BICARA TENTANG KEUTAMAAN MEMBACA AL-QURAN DAN MENGAJINYA.

ALLAH swt telah berfirman dalam al-quran yang bermaksud :
"sesunguhnya orang-orang yang membaca kitab ALLAH(al-quran),dan mereka yang mendirikan solat serta membelanjakan rezki yang Kami berikan kepada mereka secara tersembunyi dan terang terangan,mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan rugi.Sebab itu ALLAH akan mencukupkan pahala mereka seta menambah kurniaNya kepada mereka,sesungguhnya ALLAH itu Maha Pengampun Maha Berterima Kasih" (Fathir:29-30).
Dari ini kita dapat beberapa pelajaran iaitu:
1. ALLAH memuliakan orang-orang yang suka membaca al-quran sama seperti orang
yang mendirikan solat dan menginfakkan harta pada jalan ALLAH.
2.Orang yang membaca al-quran itu akan diberikan balasan yang besar seperti orang yang
orang yang mengharapkan perniagaannya untung,maju dan tidak rugi.
3.Orang yang membaca al-quran akan diberikan pengampunan di samping ALLAH akan
berterima kasih padanya.
(bab pertama,kitab : AT-TIBYAN FI ADABI HAMALATIL QURAN)

Monday, June 2, 2008

CINTA

Orang kata cinta itu buta..Orang kata berkawan biar beribu bercinta biar satu..tapi sedarkah kita?Kita diciptakanNya dengan cinta.Kita dijadikanNya dengan rasa cinta..ALLAH menciptakan kita kerna cinta pada kita.ALLAH menyuruh kita lakukan ibadat padaNYa dengan rasa cinta.

Tapi itu cinta insan dengan ALLAH.Cinta insan sesama insan??Orang kata cinta itu buta,pada pendapat ana (insan yang serba hina ini) cinta itu tidak buta.Kita sendiri yang membutakan cinta itu sendiri.bila bercinta lupa pada pencipta cinta,lupa pada yang memberi cinta itu,lupa pada segalanya.ingat ye,ahli falsafah yunani plato ada cakap "sepatutnya semua jenis cinta itu merupakan batu loncatan menuju tuhan"..Itu plato yang cakap,bukan ana.haha..Tapi jom kita susuri cinta serikandi Islam ni,Rabiatul 'Adawiyah.beliau menemui cinta yang hakiki,cinta dengan khaliqNya.hmmm...kalau nak diikutkan kisah cinta ni memang panjang.Sampai bila pun ia takkan habis.Tapi kisah cinta bukan tajuk utama yang ana nak kupaskan kat sini,ada byk yang ana nak kongsikan.Jadi setakat ni dulu...salam........